Pages

Nuffnang Advert

Wednesday, April 24, 2013

~~Wahh..Dah Boleh Masuk !!

Assalammualaikum uolls..
Di saat kekawan ak tgh menjalani praktikal..Ak plak masih ngadap di depan laptop sambil memegang perot..Waaa..Cakit pewot...Salah makan ke hapa..Kemain dah siap-siap nak pergi kerja..Tuptup perut buat hal..Nak anje-anje r tu..huhu...Harini ak cuti sbbnya chery bery.wawa..Ubat dah makan..Nanti-nanti ok lah tu..Amin..Dah lama xjenguk blog..Baru hari ni ada masa nk mengupdate..huhu...

Ha...Ingat x entry ak pada tahun lepas..Tentang Kapal Selam..Kalau dulu ak pergi, kapal selam tu baru di tempatkan di Pantai Klebang..Keadaan pun xbrapa ok..Xboleh masuk dalam kapal selam..Kali ni dah lain..Ada buat penambahbaikan..Ak baru je pergi 2mgu yang lpas..Kali ni Lebih cantik dan kemas dr dulu..Dalam kapal selam pun uolls dah boleh masuk...Bayaran masuk seperti dulu lagi..RM1 seorang..Kanak-kanak RM0.50 sen xsilap ak..Walaupun hanya sebuah kapal selam lama. uolls boleh dapat banyak info di sana..Xperlu rasenya ak nk ceritakan semua..Uolls boleh pergi sendiri dan rasainya sendiri..Baru syokkk...Huhu...First time ak masuk..Masya Allah..Kecik je kot laluannya...Nak masuk kena buka kasut..Ak rase kalau badan gemuk giler, mmg xmuat masuk..Muat pun cukup-cukup badan..Camana eh kru-kru dalam kapal selam ni laluinya ?? Tengok tempat tidur pun..Memang keciknya..Xdenya nk tidur sedap-sedap..Sempit sgt2...Xsemua tempat di dalam Kapal Selam ni boleh masuk..Hanya boleh lihat dr luar sahaja..Sebabnya NO ENTRY !! So boleh tgkap gambar secara gitu-gitu jela...  

Meh ak cite ckit berkenaan Kapal Selam n dari apa yang ak baca...Sikit je..Xbanyak pun..Muzium Kapal Selam "FS Quessant Agosta 70" ni dibina dalam harganya RM12.6 juta..Xsilap ak dibuka kepada orang ramai sejak 1 Disember 2012..Kapal selam ni asalnya adalah kapal selam latihan bagi kru-kru kelas Perdana Menteri Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM) milik tentera laut Perancis..Sekarang Kapal Selam ni sudah dibuka untuk bahagian di dalamnya..So dapatlah para pelancong yg jakun macam ak ni melihat dan merasa keadaan sebenar berada di dalam kapal selam tu..Serius..Memang jakun bebeno..Haha



Harga tiket masuk ke Muzium Kapal Selam : 

Dewasa - RM1
Kanak-kanak - RM0.50

Waktu beroperasi :

Isnin hingga Khamis - 9 pagi hingga 5.30 petang
Jumaat hingga Ahad - 9 pagi hingga 6.30 petang


Tiket ade 4 sebenarnya..Saje bajet buat dua org..Ngehngeh..

Nampak cam gemuk je..Haisshh..:P

Di dalam Kapal Selam

Bilik Meeting xsilap


Master bedroom ke??not sure..dah lupe..huu

Kecik kan katilnya

Hai abg Ensem..hoho

Actually 2 minggu lepas ak ni jd pemandu pelancong..Almaklumlah..Dah menetap kat Melaka ni hampir 6 tahun..Tapi yg xboleh blah...Ada sesetengah tempat tu..Ak xpernah jejak..Haha..kali ni berpeluang kot...Terima kasih ye Mr S...Kalau awak xdatang dgn kawan-kawan..xdenya i nk pergi ke tempat sebegini..Huhu...Jom layan..Ak dah malas nk menaip..Tadi kemain excited nk bercerita..Ni tetibe perut wat hal..Hilang mud nak menaip..wawawa..

Masuk Kompleks Muzium Maritim RM3 je..
















ok..
BuiBui..
See uolls the next entry !!

Thanks Mok !!

*Ak sertakan pict dulu-dulu keadaan Kapal Selam sebelum ini











Sunday, April 14, 2013

~~Sweet..:)

Sesuatu yang indah telah terjadi..Tidak dapat diungkapkan dengan apa yg dirasakan..Hanya kenangan dapat di abadikan bersama..Phewwww.....Jiwangnye !!! :) Alhamdulillah..:)

Saturday, April 13, 2013

~~Isu Tidur Tidur Tidur

Salam Hujung Minggu uollsss...

Apa perancangan weekend ini??mesti masing-masing dah planning nak pergi mana kan???Termasuklah ak...Ak sebenarnya planning nk balik Ipoh..Tp tiket dah habis...sobsobsob..Terpaksala duduk di negeri bersejarah ni...Nak wat lagu mana kan...Ha..Sape nk pergi dating hari ni???ce angkat tangan !! Hehehe...
Oklah..Topik hari ni ak nak kongsi sedikit mengenai isu tidur..Betul ke "Budaya Kurang Tidur Melahirkan Generasi Malas dan Lemah" ??? Bagi pendapat ak memang ya !! 100% ak sokong..Sebabnya ak pernah melaluinya sendiri..Dulu kalau waktu sekolah..Ak mesti masuk tdur jam 10 atau 11mlm...Bila dah masuk dalam alam universiti...Start dari situ masa tidur ak dah berubah..Tidur dalam jam  1 2 pagi..Kadang-kadang smpai subuh xtidur..Sebabnya membuat tugasan yg berlambak-lambak..Tu maksudnya buat kerja last minit..Heee...Xelok tau amalkan macam tu..

Sebenarnya gejala kurang tidur ni memberi impak yang besar kepada seseorang individu tu..Ia akan menjejaskan produktiviti dan daya ingatan,.Selalunya kan..Gejala kurang tidur ni akan menggangu 100% dalam sistem tubuh badan kita..Ak pernah laluinya sendiri..Sampai tahap xboleh tidur..Terlalu banyak berfikir...Pernah satu masa tu ak kena marah dengan roomate..Sebabnya ganggu die tido..Haha..Yela.Bila dah xboleh tidur..Mulalah cri modal utk kacau org..Muahaha...Ha..Apabila banyak sangat memikirkan boleh  membawa kepada penyakit darah tinggi, jantung, diabetes dan lain-lain tau uolls.So kenalah beringat..Dari apa yang ak baca, budaya makan malam, bermain futsal di waktu malam dan sebagainya menyumbangkan kepada insomnia juga...Dah jadi kebiasaan budak-budak remaja yg mcm ak ni mengamalkan budaya sebegitu..Mungkin tanpa kita sedari, kebiasaan inilah akan menjadi satu gaya hidup yang menyebabkan kecelaruan rehat yang tidak mencukupi..

Insomnia atau dikenali sukar tidur adalah satu simpton abnormal atau kecelaruan fitrah (disorder) dan boleh mengganggu kesihatan...Biasanya bila kita xboleh tidur, confirm akan menjurus kepada pengambilan makanan..Ya...Ak sokong sgt2..Selalunya mmg terjadi pada ak waktu belajar dahulu..Keseimbangan kecerdasan badan juga akan terganggu dan menyebabkan hilang fokus belajar dan kerja, hilang keyakinan diri..Bak kata pujangga Arab " Akal yang sihat hanya ada pada badan yang Sihat " So uolls kena biasakan rehat badan daripada sebarang pekerjaan apabila menjelang malam..Jangan biasakan diri tidur pada siang hari..Bila badan penat bekerja pada siang hari, confirm waktu malam secara automatik badan perlukan rehat..

Kalau uolls tahu Rasulullah seorang pengurus masa yang terhebat tau..Tidur yang cukup tetapi bukan pada waktunya menyebabkan sistem badan terganggu..Cara hidup yang betul adalah bangun sebelum Subuh, berehat pada Magrib dan tidur sebaik selepas solat Isyak..Selain itu, sebahagian tidur, seseorang perlu bangun untuk bermunajat kepada Allah..Inilah yang selalu diamalkan oleh Rasullulah.." BAHAWA AKTIVITI YANG PALING MENENANGKAN DAN MEREHATKAN DIRI ADALAH BERMUNAJAT KEPADA ALLAH " Baginda adalah pengurus masa yang terhebat dan terbukti terpelihara kesihatannya daripada penyakit berbahaya..Rasulullah pernah menyarankan di dalam hadis baginda agar kita tidur selepas menunaikan solat Isyak..Selepas dua pertiga malam , Rasulullah akan bangun untuk Qiamullail dan diari harian baginda bermula sebelum subuh..Wahh...sangat hebatnya Rasulullah..dan baginda akan tidur sekejap pada waktu tengahari..Baginda sentiasa mencari peluang untuk beribadat kepada Allah tidak kira masa..

Menurut kajian, masa tidur yang paling ideal diperlukan oleh seorang dewasa adalah antara 6 hingga 8 jam..Kira-kira waktu ideal utk tidur adalah jam 9malam dan bangun 5 pagi..Di dalam Al-Quran disebut "Adalah lebih baik jika kita bangun sebahagiannya bererti minimum enam jam tidur sudah memadai..Manakala Dalam hadis " Lebih tidur juga menyebabkan badan dan otak menjadi lemah namun tidaklah sampai ke tahap tidak boleh tidur langsung "

Yang mana baik kita amalkan..Kurangkan aktiviti yg kurang sihat..Contohnya online je kejenya..huhu..OOhhoo...Ni mmg terjadi pada ak..Kadang-kadang layan online sampai tidur pun terjejas..Esok confirm mata jadi panda..eeee....Dah huduh muke..Huhu...
Ok..Nak share itu saje di hujung minggu ni

BuiBui..
Muahh...

* Jika kita mampu membudayakan tidur meskipun pada tempoh yang paling minima, itu adalah sangat positif. Sukar untuk tidur atau tidak tidur adalah suatu gaya hidup yang tidak sihat boleh mendatangkan penyakit..Ingat tu !!

Sunday, April 7, 2013

~~Pizza Homemade

Kalau dulu nk makan pizza..Mesti pergi kedai roti beli pizza..Macam-macam aneka pizza di jual..Xterkecuali ak jugak..Sukerkan pizza..Mihmih..Tapi kalau Nak sedap lagi..Sila rajinkan diri ke PIZZA HUT..DOMINO..etc...huhu..Dah terlampau banyak ak nak senaraikan..Huhu.So kali ni ak bagi resepi nak buat pizza..Resepi ni ak ambil dari sepupu ak..Die ni rajin mencari duit lebih..Dengan pizza ni pun die dapat buat bisnes...


CARA MEMBUAT DOH PIZZA

200ml air
1 sudu garam kecil
1 bj telur
2 cmca mkn plnta
1 camca makan shortening
400 gm tepung high protein
100 gm tepung gandum
100 gm gula
2 sudu mkn susu tepung (fernleaf @ ape2 je)
2 sudu mkn yis

Uli semua adunan dlm 30 minit..Macam adik ak xuli guna tangan..Die pakai microwave utk buat roti yg dah siap ade utk menguli dan mengadun bahan..

Slps uli, keluarkan dan biarkan 15minit di dlm bks...Ketuk2 tepung bg buang angin dan Pnskn oven 180’c



CARA BUAT SOS

Kicap masin, sos cili dan tomato..
Gaul ketiga2 bhn ini..Agak-agaklah banyak mana uolls nak buat..huhu


CARA MELETAKKAN DOH PIZZA DALAM PLATE PIZZA

Letak planta dalam bekas tersebut...Sapu rata
Letakkan doh dalam bekas..Dan tarik-tarik doh itu mengikut rupa plate pizza yang digunakan
Biarkan kembang seketika
Sapukan sosdi  atas doh
Lepas tu letak bahan2nya (sosej dan beraneka syr perlulah rebus terlebih dahulu b4 letak di atas doh)
Biarkan kembang lg
Sekepas itu..Bolehlah di bakar..

Kalau nak letak pelbagai bahan pun boleh..Macam tuna..Telur..Sardin..Bergantunglah mengikut citarasa uolls..



BUN (Menggunakan doh yang sama)

Buat dlaam bentuk bulat-bulat..Bakar dlm 17 minit..Selepas masak sapu planta di atas bun..Ternaik aromanya..huhu


Ok.Selamat Mencuba..
BuiBui

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU

~~Antara Diet Dan Badan

Diet : Badan..esok awak nk keluarkan menu apa utk diet awk??
Badan : Ermm..sy dah buat diet sy yg baik tau..
Diet : Yeke..Apa dia diet yang awk buat Badan??
Badan : Hehe..Sudah tentulah sayur-sayuran sahaja..
Diet : Wahh...jadi herbivorlah awk ya Badan..
Badan : Oh...Sudah tentu..Xsabar sy nk mulakan langkah pertama sy dengan makan sayur-sayuran sahaja..
Diet : Tapi Badan..Awk nk diet mestilah tahu tentang Piramid makanan..Kalau awk nak diet haruslah mengikuti aras-aras yg terdapat di dalam piramid..Makanan apa yang perlu awak ambil dan makanan apa yang awk perlu kurangkan pengambilannya..
Badan : Oh..Yeke..Apa kate kalau awk terangkan pada sy..Atleast sy dapat sesuatu info yang baru mengenai diet yg sihat pada tubuh badan sy.
Diet : Oh..itu tidak menjadi masalah...Mari sy terangkan..
Badan : Okeh.. :)

Piramid Makanan *Credit to google
Apakah Piramid Makanan Itu ?


Piramid makanan merupakan panduan bagi memilih makanan secara sihat..Makanan yang kita makan seharian perlu di ambil paling banyak daripada kumpulan makanan yang di bahagian paling bawah piramid dan yang paling sedikit daripada kumpulan makanan di bahagian paling atas..Piramid Makanan mengandungi makanan yang dibahagikan kepada 5 kumpulan yang berasaskan kandungan zat dan fungsinya..


ARAS 1

Bijirin, Hasil Bijirin dan Ubi-ubian


Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin,mineral, serat dan sedikit protein. Di dalam setiap hidangan, makanan daripada kumpulan iniperlu diambil paling banyak...Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, bubur, mi, mihun, roti, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, biskut, dan ubi keledek, keladi dan kentang.


ARAS 2
Sayur-sayuran dan Buah-buahan

Sayur-sayuran dan buah-buahan terletak di Aras 2 Piramid Makanan. Makanan ini kaya denganvitamin, mineral dan serat. Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan.


ARAS 3
Daging, Ayam, Ikan dan Kekacang

Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat. 
Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya (seperti tauhu dan tempe), kacang dhal dan kacang merah.


Hasil Tenusu
Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid. Contoh hasil tenusu ialah susu, keju dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Plihlah hasil tenusu rendah lemak. 


ARAS 4
Lemak, Minyak dan Gula
Lemak, minyak dan gula, juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4 Piramid.
Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu dimakan

Diet : Sy harap ia sedikit sebanyak memberikan awk info tentang diet yg seimbang..
Badan : Wahh,,,Terima kasih banyak-banyak awk sebab dah tolong terangkan pada sy..So bolehlah sy mulakan langkah pemakanan sy yang betul dr sekarang..(",)

________________________________________________________________________

Hukhuk...Kelas kau badan..nak diet eh..Ak pun nak diet gak...Mana aci ko sorg je nak KURUS..huahua..Ha...Cakap pasal diet ni kn..Ni cerita minggu lepas yang punyalah...Sewaktu ak balik kampung di rumah mak ayah ak..Tahu-tahu sajalah bila dah balik kampung..Makan mesti xhengattt punyalah..Masakan mak katekan..Tapi ak ni baik je..Balik rumah cakap kat family.."Oh..sy diet..Xmakan makanan tu" Oh..Tidak..Itu semua poyoss belaka..Hehe..Mood makan ak ni sedikit pelik..Kalau ak nak makan itu..Itu jugak yang ak cari..Tapi bila dah xnak..Kemain,pandang pun x..Bajet selera xdela konon..Walhal, di belakang dah balun puas-puas..Hihihi...Malam tu kononnya ak nk diet lah sangat...Potong sayur-sayur..Nak makan..Nk jadi mcm boooo...Makan sayur jer....Nk kulit muka licin mcm telur....Berkobar-kobar ha nk telan So..Inilah diet sy ..huhu..Baiknya Sy...Makan sayur saje..Huhu..

Apamacam diet ak??? :)

Doakan sy cepat kurus..Bukan nak kurus macam papan..Cuma nk nmpk lg slim gituuu..Hehe..Senang nanti nak pakai bju pengantin..Wahwah..Titew dah nk tawin ke..???Huu..Ssshhh..Biarlah rahsia bila..Ade org ejek ak tembam...Aishhh....Sentap kot..wuuuu...

Kejap..Kejap...cube tengok ni....Ade something ak nak tunjuk pada uolls..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Auuwww Chakkkk...Hehe..Sabar...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tadaaaaaaa......

Hancurrr....:P

Hahaha..So diet ak pada malam tu hancur 100% disebabkan burger bakar buatan kakak ak..Mula-mula memang xnak makan..Telan air liur banyak-banyak..Sentiasa ingatkan pada nafsu...Jangan makan..Jangan makan...Nanti gemuk..Banyak kalori..Sekali..Ha..Amik ko..Kena pujuk rayu..Terus cair...Kalau nak diet..Sila ikuti langkah ak tau tau tau...Hahahaha...Ak makan pun hanyalah separuh je tau..Bukan sebijik besar kedebukk tu..Huhu..share dengan mak lagi..Ai kan anak mak..Kalau makan pun mestilah nk share dgn mak..Huhuhu...

Oh..Ya..Ni ade sedikit tips..Macam daging beger bakar yang dibeli oleh kakak ak ni..Besarnya mmg mcm beger bakar..Tebal..Kalau nk lembutkan dagingnya..Bukan main bakar saja..
First step...Daging itu akan dikukus terlebih dahulu...Dalam 20-30 min..Sebabnya nak bagi masak terlebih dahulu di dalamnya..Kalau bakar tu mestilah ambil masa lama sikit..Ak pernah makan beger bakar..Kekadang terasa dagingnya kurang masak..Tamah lagi kalau bakar guna arang..Lamakan..
Second step...Selepas kukus tu..Baru boleh bakar..Macam kakak ak ni..Tidaklah nak bakar macam kt kedai tu buat..Just guna pemanggang ajaib tu..Xsampai 15min pun dah siap..Bakar guna dapur gas..Tunngang terbalik..siapalah

Guna pemanggang ni memang cepat masak..Xkiralah buat apa pun
Balik rumah sempat jugaklah membuat pizza..Bukan buatan ak..Buatan adik tersayang..hehe..Adik ak lg pro buat..Buat xpayah refer buku pun..Kalau ak..Confirm nk refer buku..Huhu...Xpe..Ade banyak masa lagi nk belajar..Ai kn studenttt..Xde masa..Hehe..Nanti ak letak resepi pizza di entry yg lain..

Sebelum balik Melaka ak sempat snap snap pic dgn anak buah ak..Geram ha dgn 2 org dak tecik ni..Mak pulak..Asal kol ak..Ak mesti tanya pasal cucu die..Nanti senang je mak bidas ak..Asyik tnya pasal diorg je..Nak anak sangat..Cepat-cepat kahwin..Sentap gitu..Huhuhu..Lambat lg..Xtahu kena tggu lagi brape tahun..MUDA lg ni..Bweekkkk...Mudala sgt..:P
1

Ske sgt buat muke !!

Ready..Huhu

Mari berdoa kate aisyah

Inilah ak bersama Aisyah yg dik dik




Mcm adik shinchan je ha ak tgk..Huhu





Muke tension ..Grrrr

Nak main dgn kucing..Tapi....

Tp...kucing xnak layan..Ok Bye Zahra


Doakan ak mendapatkan badan seperti J.Lo..hahaha..
PiTammmm

Ok
BuiBui

Thursday, April 4, 2013

~~Allah Segala-galanya Bagi Kita

Tergerak hati ak nak menulis blog malam ni...Selalunya asyik membizikan diri dengan mengadap benda alah yang baru tut tut yang membolehkan ak sedikit terlupa tentang kehadiran lappy purple ak.huahua..Sebelum ni, lappy lah jantung buah pengarang ak..Sejak dah ade teman baru, kemain ak melupakannya terus..Huhu..Sorry ok baby purple..Malam ni kite anje-anje ya....
_______________________________________________

Sejak dua tiga hari ni ak terfikir...Tentang apa yang amal kebaikan yang telah ak lakukan padaNya...?? Ya..ak tahu dan menganggap Solat lima waktu dan mengaji pun sudah memadai..Bak org kate..Ishh..Cukuplah tu dari xbuat langsung kan.???
Ermm..bertapa ceteknya pemikiran kita kalau beranggapan sedemikian....Allah xpernah berkira dengan kita..Apa yang kita mahukan,pasti Allah tunaikan walaupun ianya mengambil masa yang lama atau sekejap..So xsalah kalau kita lebihkan amal ibadat..Ya!! Ak pun masih berusaha ke arah itu..Bukan mudah untuk melakukan sekali gus...Banyak halangannya..Banyak godaannya..Tapi jangan jadikan halangan itu sebagai tembok yg tidak boleh ditembusi..Kalau itu yang kita inginkan, kita perlu kuat untuk harunginya..Tanpa Allah SWT siapalah kita di sisi-Nya...Semua hidup ni tiada perkara yang rumit..Semuanya rumit..Begitu jugak dengan peredaran dunia ni..Hidup mana yang mudah..Sejak kita dilahirkan..Ibu kita bertarung nyawa melahirkan kita..See..Betapa rumitnya seorang ibu yang menggadaikan nyawanya untuk kita.."Terima Kasih Mak kerana melahirkan Ana di dunia ini" :(  

"Allah Segala-galanya bagi Kita"

Kadang kala kita bukan sentiasa bernasib baik..Kadang kala juga kita bernasib baik..Itu maknanya Allah sedang menguji kita..Tidak terkecuali bagi ak..Mungkin Allah terlalau mengasihani kita..Sebab itu Allah mengujii kita..Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Mengasihi..Ada sebabnya mengapa kita diuji sedemikian...Mungkin ini membuatkan kita terfikir sejenak..Apa salah kita??Apa dosa kita sehingga Allah menguji sehinggakan sedikit titisan air mata pun tidak lagi mampu terkeluar.....Ya Allah Ya Tuhanku...Betapa kerdilnya ak di sisi mu....:(   Selama ni mungkin kita hanya merasa kegembiraan..Tetapi tidak pernah merasai dan memahami apa erti kesakitan..Dalam hidup ni tiada istilah tidak adil..Allah dah aturkan setiap perjalanan hambanya dengan adil...Sebabnya Allah Maha Adil..Tidak kiralah kita ni kaya, miskin, tua, muda, cantik, buruk..Segala-galanya Allah ciptakan dengan seadilnya..Tiada siapa yang mampu mengubahnya..Segalanya fitrah Allah...

"Allah Segala-galanya bagi Kita"

KIta perlu sedar..Hidup di dunia ni terlalu banyak simpang siurnya..Kalau kita pilih ke jalan yg lurus, luruslah kita perolehinya..Begitu juga di sebaliknya..Sama jugak kita hidup di muka bumi ni..Xsemua orang boleh terima kita dengan seikhlas hati..Terima secara terpaksa pun ada sebabnya..Tapi..Sudah tentulah hanya ibu ayah kita yang menerima kita seadanya..Sebabnya kita adalah permata hati diorang..Susah untuk kita memahami orang lain..Siapa kita..Hanya Allah yang tahu...

"Allah Segala-galanya bagi Kita"

Kadang-kadang kita lalai meneruskan hidup ni..Terlalu taksub dengan duniawi yang hanya bersifat sementara..Bila-bila sahaja Allah boleh tarik kenikmatan itu..Kita berperang dengan iman dan nafsu kita sendiri..Di mana baiknya buat kita???Salah langkah, hancurlah kita di dunia ini..Nak berbuat baik...Sentiasa kena mengingati Allah..Kena jujur dgn diri sendiri dan buangkan sifat yg boleh menjatuhkan diri kita sendiri..Allah sentiasa mengingatkan kita..Jauhkanlah diri kita dari melakukan dari sebarang maksiat dan kejahatan di muka bumi ini..Peliharalah mata, mulut,hidung, telinga, kaki, tangan, organ-organ dalaman dan segala-galanya..Kita perlu belajar menghargai dengan apa yang Allah berikan...Sebabnya di akhirat kesemua anggota badan kita bercakap...Apa yang amal kebaikan yang kita buat dengan menggunakan anggota tubuh badan yang dikurniakan oleh Allah.....

"Allah Segala-galanya bagi Kita"

Kita sentiasa berfikir dan membandingkan dengan apa yang kita ada dan apa yang kita tidak ada..Sentiasa berkata dalam hati "Kenapa org lain boleh dapat, ak xdapat" Adakah itu tujuannya hidup kita???Hidup sentiasa nk membandingkan dan dibandingkan.. Tidak perlu berfikir dan membandingkan sedemikian..Apa yang Allah beri pada kita,kita harus bersyukur..Tidak semua orang dapat merasainya..Selalunya apa yang terbaik untuk mereka, ada lagi lebih baik untuk kita..Sememangnya kita sendiri pun tidak tahu....

"Allah Segala-galanya bagi Kita"

Allah ciptakan kita sebagai hamba yang lemah..Dalam lemah-lemah kita, tidak semestinya kita hanya berserah nasib..Jangan terlalu bergantung pada nasib..Mana yang mampu kita gapai, gapailah selagi mana yang kita boleh raih..Semua orang ada kelemahanya yang tersendiri..Kuat mana orang itu, mesti ada kelemahannya..Sebagaimana orang lain di anggap istimewa di sisi Allah..Begitu juga kita...

"Allah Segala-galanya bagi Kita"

Di dalam perjalanan hidup kita dah tertulis takdir kita sejak azalinya..Tiada siapa yang mampu menyangkalkannya,,Segalanya takdir Allah..Semuanya terletak pada tangan kita sendiri..Keputusan yang dibuat haruslah yakin selagi tidak melanggar dari batasan Allah...Biarlah keputusan yang kita buat dianggap tidak betul..Orang boleh bercakap itu ini..Boleh menidakkan segalanya..Tetapi hanya kita sahaja tahu kenapa dan sebabnya...Sentiasa minta Allah pelihara kita daripada menaburkan fitnah kepada orang-orang itu..Kita jaga diri kita..Allah lebih dari itu peliharakan diri kita..Jadi sentiasalah beringat dengan amanah Allah kepada kita..Terlalu banyak amanahNya..Amanah dengan ibu bapa..Masyarakat..Dunia..Negara..dan segala-galanya amanah dariNya walaupun sebesar zarah..

"Allah Segala-galanya bagi Kita"

Kita ni seumpana kuman yang menumpang dan berada di mana-mana sahaja..Dan....Bila-bila masa sahaja kuman ini dapat di hapuskan...Kuman yang degil..Lagi Sukar dihapuskan..Begitu juga dengan nyawa kita dan sebagai hambaNya..Lagi banyak dosa kita lakukan..Lagi banyak Allah uji kita dengan macam-macam dugaan..Tambah-tambah lagi bila hampir dengan sakaratulmaut..Nauzubillah..Jauhkanlah ak dr siksaan sedemikian...Buat baik..Syurgalah kita disisiNya..

"Allah Segala-galanya bagi Kita"

Mulut kita kadang-kadang tidak boleh dikawal..Begitu juga dengan pergerakan kita..Asal nampak salah perilaku orang..Cepat sahaja mulut ingin melatah..Melatah dari mengaibkan orang lain..Kita jaga aib orang, Allah akan lebih lagi pelihara aib kita di dunia dan akhirat....:(  Semuanya ini Permainan syaitan..Sentiasa ada di mana-mana..Tidak kira tempat..Walhal ketika bersujud dengan Allah pun syaitan berusaha untuk menjatuhkan umat nabi Muhamad..

"Allah Segala-galanya bagi Kita"

Selagi kita bernafas, berdegup jantung...tidak terlambat lagi untuk membuat kebaikan kepada Nya...Kita masih berpeluang..Menangislah sepuas-puasnya memohon keredhaanNya..Cuma janji yang pasti...Kita akan kembali padaNya..Tidak kira tempat,masa dan usia..