Pages

Nuffnang Advert

Tuesday, July 2, 2013

~~Seminggu Lagi

Waaa…Lagi seminggu je aku akan meninggalkan negeri Melaka..sudah tiba masanya aku mencari kerja di negeri kelahiran aku sendiri ..aku sebenarnya ingin meneruskan kerja di Melaka, di atas sebab-sebabnya yang tertentu aku mengambil langkah yang paling terbaik untuk meninggalkan segala-galanya di Melaka ini.. Banyak kenangan pahit dan manis yang aku perolehi.. Tapi nak buat macamana.Setakat sampai di sini sahaja jodoh antara aku di negeri Melaka..:) Macam biasalah bila dah last di Melaka..aku sempat jumpe mak angkat aku di Kuala Linggi…Dah bertahun tidak jumpe mak angkat..Masa jumpa tu, sayu je mukanya..Maafkan saya ye Mak..Sebab dah lama xjumpa mak..Insha allah ade rezeki saya jumpa mak tau tau ..:) Perkenalan aku bersama mak angkat ni bermulanya dari program Anak Angkat yang di anjurkan oleh Rakan Muda..Tanpa anjuran ni, xde maknanya aku nk punyai mak angkat..I kan seorg pemalu..Uwekk !!  :p  
Selain aku ade mak angkat, aku jugak rapat dengan guard di Adtec..Aku lebih suke bahasakan dirinya dengan panggilan CikNa..Dah macam pggilan nama aku pulak ..hehe…Cikna memang seorang yang memahami..Kalau aku ade masalah, aku rujuk padanya..Dia dh macam mak aku jugak..Masa aku praktikAL ni, rajin jugak aku melawatnya..Khabar berite yang tidak dapat aku terima yang terbaru ini ialah, suaminya yang baru dinikahi beberapa bulan lepas, kaki suaminya terpaksa dipotong..Akibat kencing manis..asalnya kakinya digigit semut gatal..Bila dah kena gigit kakinya gatal menjadi bengkak, luka dan bernanah..Pergi hospital, doctor mengatakan kakinya perlu dipotong untuk mengelakkan daripada merebak..akibatnya sehingga paras lutut terpaksa dipotongnya..Ketika aku melawat Cikna, suaminya yang aku gelarkan dengan panggilan CikDin, sayu sahaja wajahnya..Mungkin tidak dapat menerima kenyataan..Seolah-olah macam mimpi sahaja dengan apa yang dah berlaku..Buat CikNa dan CikDin, saya doakan semuanya berjalan dengan baik.. Ini ujian buat Cik Na sekeluarga..Im know, u r very strong..Chaiyok chiyokk Cik Na..

Balik kepada topic asal, bila dah seminggu je lagi nak meninggalkan Melaka memang digunakan sebaiknya la..Ajak housemate pergi menikmati pemandangan di pantai..Tidak dinafikan aku memang seorg yang sukekan pemandangan yang indah, boleh layan beb perasaan ni..Tambah-tambah lagi bila keadaan stress..Layan lepaskan stress dengan melakukan aktiviti macamtu memang best..SUPERBB la aku cakap.. SEmua masalah hilang macam tu je selain daripada kita menadah tangan kepada Allah..Tak salah kan kita menggembirakan diri sediri

Kepada uolls yang memang gemarkan melakukan aktiviti di pantai,Melaka salah satunya boleh di jadikan destinasinya.. Uolss boleh search di internet eh..Sebab macam malas je nk bgtahu details..huhu..nanti tersilap dengan apa yang aku sampaikan rasa xbest pula.:P  Apa yang aku pasti pantai-pantai Melaka ni boleh tahan ler……

Planning hujung minggu lepas, aku dan housemate just merempit ke pantai sajalah.Semua pantai aku pergi dalam masa satu hari...Itu tujuan aku..Hehe.. J Selain itu, yang paling aku suke menikmati makanan yang di katekan peberet aku..hihi..Duit gaji untuk bulan ni, memang habis ke makan jela.Tapi tidak mengapa..I is suke bab-bab makan ni..:p    Dats y badan pun macam balloon..I dont care..:P  Bila dah sampai di pantai, serius mulalah aku berangan sambil tengok kanak-kanak bermain dengan pasir, air..Bestnya kalau datang satu family..Nampak macam sebuah keluarga yang bahagia dilengkapi dengan anak-anak..Aku memang suke bebenor berangan..Sebab apa?? Mestilah sebab BEST.haha..Paling best berangan pergi jenjalan dengan husband pegang-pegang tangan..Jalan di persisiran pantai dengan angin-angin sepoi romantik-romantik gituu..hikhik..Wake up ana !! Stop ur dreaming..!! Alaaaa…xnak berhenti...Sebab best berangan macamni..Haha.. Nampak sangat gatainye aku ni.hihi………..

Kalau di rumah selalu kena dengan mak.. Mak cakap aku ni suka sangat berangan..Macam MAK MANDIR ..hihi..Xpe mak, kalau berangan xkena bayar pun..Mana tau angan-angan tu menjadi kenyataan ..hakhak..:P  Tapi jangan uolls anggap semua angan-angan aku tu just let go macam itu sahaja..Ofkos aku ade target untuk hidup aku sendiri..Setiap orang ada perancangan hidup sendiri right??? Untuk menentukan jaya atau tidak, berbalik pada diri sendiri..Jangan jadi macam Pak Pandir, just berangan-angan tapi tiada usaha untuk meningkatkan diri sendiri..
Sekian sahaja untuk bebelan perasaan aku malam ni..:)
Nak masuk tidur..Esok kerja untuk minggu yang terakhir..Yehaaaa !!  J

Doakan aku memperolehi kerja yang bagus..Minat sangat nak mengajar..Dah lama xngajar..RInduuu !!


(+___+)//














pergi hanya berdua..Tapi siapa yang tolong snapkan gambar??Jengjeng..:p











Otak-otak menjadi kegilaan aku !!

Rojak petis 

Pisang goreng

Terbaik boleh buat jd cirit..haha