Pages

Nuffnang Advert

Wednesday, January 29, 2014

~~Semuanya Dalam Satu Entry

Hari yang membosankan..

Sebabnya student dah ramai pulang ke kampung..Pandai-pandai saje student cari alasan nk pulang awal sebabnya tiket sudah habis..hehe..Nasib aku faham sebabnya aku pun pernah laluinya sendiri..Kalau beli tiket last minit memang macamnila jawabnya..Tambah-tambah pulak nak dekat perayaan Tahun Baru Cina..CNY tahun ni kurang sikit sambutanya..Chewahh.Macam tahun sebelum ini aku sambut saje..Hihi..Tidaklerr..Yang dimaksudkan aku tu, macam tahun lepas aku dapat makan limau free nak dikatekan hampir berkotak-kotak aku boleh dapat dalam masa perayaan itu..Sebabnya masa itu, aku tengah jalani praktikal..Faham-faham jela kalau praktikal di kilang..Sudah tentunya limau sentiasa je ada..Cuma tahun ni dapat limaunya pun dari officemate..Tapi tetap bersyukur..Hikhik..Ada juga orang hendak memberinya daripada tak dapat langsungkan..:p

Harini aku macam kurengg bertenaga, sebabnya malam semalam pekena nescafe panas sambil layan korea..Ingatkan minum nescafe xde effectnya..Sebelum ni aku minum nescafe pun bukannya berkesan..Sama jugak mengantuknya..Tapi tetibe semalam mengada-ngade pulak kesan dari nescafe tu buat aku xboleh tidur..Waaaa....Memang jadi mata panda la..Kalau terlelap pun kejap-kejap terjaga...Sampaikan pagi tadi sedar je dari tidur jam dah pukul 7.20 pagi..Memang melompat dari katil gue cakap akibat terkejut..Kononnya nk tidur seketika, sekali tengok dah terlambat..Haha..Padan muka...Nasib rumah dari tempat kerja tidaklah jauh mana ken...:)) Akibat dari tidurnya lambat..Aku mesejlah kawan aku..Dimintanya dia bawa minuman bertenaga buat aku..Hihik..Iaitu KACIP FATIMAH yang berperisa tambahan madu kalau xsilap aku..Aku xsuke pilih yang ade coffee uollssss..Nak rase  yang pure punya..hehe..Aku belajar minum ni pun dari rumate aku jugak..Hiii....Kononnya selepas minum ni kembali bertenaga gituuu...Chewaahhhhh :P Masa ka Mydin aku ade beli setin je.. 1 jeeee tauuu..Xbanyak mana pun..Selalunya sebelum masuk kerja, aku dengan ofcemate mest singgah di 7e nak beli minuman..Bayangkan di 7e harga setin Kacip Fatimah RM3.70..Kalau aku beli di Mydin baru RM1.99...Murahkan..Hehe..Dari situ dah dapat jimat..aku bukannya jenis suke sangat minum minuman macamni..Saja nak cube try test power.Haha..Memandangkan rumah sewa aku tiada peti ais, so aku tumpangkan jela peti ais ofcmate aku..:)  Dah dapat setin aku bedal dengan sejuk-sejuk memang nyaman tekak aku la..Kembali bertenaga untuk masuk kelas nanti..Siap hiiyak-hiyak tarian inul lagi tauuu..Hiiiiikkkkk...

Muka yang mengantok..

Pilihan ku..hikhik

Haaha..Muka dengan penuh bertenaga :p

Sekian sahaja cerita mengenai minuman bertenaga buat aku..haha....................
Dah lama jugakan aku xupdate kisah aktiviti aku kalau dihujung minggu..Banyak jugak aktiviti yang aku buat..Contohnya melantak tidur..Hahaha..Dating?? Xde.Tapi date adela..Haha..Ok xlawak..

Macam hujung minggu lepas-lepas kot, tekak aku teringin nak makan nasi lemak..Nak merasa nasi lemak mak jejauh benar nak pulangnya pun..So terpaksa merajinkan diri untuk menuju ke dapur untuk memasak..

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....Inilah hasil tangan aku..Haha...zap zup zap..
Sejam lebih jugaklah aku memasaknya..Yang mencabarya tengah-tengah masak, periuk nasi boleh pula buat hal..Xsampai 30minit uolss, nasi yang ak masak tu periuknya dah berbunyi menandakan nasinya sudah masak..Aku dengan muka nak bangganya bukala penutup periuk sebabnya nasi dah masak kan..Confirm harum je baunya..Hehe...Sekali hampa der...Beras masih dengan air santan lagi...Dushhh..Nak jatuh jantung aku..Sebab takut nasi xmenjadi..Cepat-cepat aku angkat periuk masak atas dapur gas...First time aku masak nasi atas dapur gas..Haha..Takut hangit dan berkerak, jaga api baik punya..Pengalaman tu uollsss..Alhamdulillah nasi aku jadi rupa nasi lemak..Haha..Kalau xnak nasi yang dimasak tu hangit dan berkerak, uollss  masukkan sedikit minyak masak di dalam nasi tu..Insha allah nasi yg dihasilkan itu nampak lebih berseri la sikit kannn....:))

Mampu sekadar mampu :)

Sedap x agak2nya..:p
Selepas siap tu, siap hantar pic wassap kt group famili lagii..Sekali kakak aku hantar nasi lemak yang di beli di kampung dengan harga Rm0.70.Xmainla kak nasi lemak belikan dengan bangganya aku membidas  die ..Haha...Xlama kemudian, mak aku pulak kol..Katenya aku bila jauh baru nak tunjuk rajin memasak..Kalau kt rumah semuanya nak mak..Haha..Jadikan mak hamba masak lak....Ala mak...Bukan nk jadikan mak hamba..Sebabnya apa yang mak masak semuanya sedap..Bila aku masak xsedap..Hii...Alasan nak mik hati mak ler tu kan...:p   

Selesai je makan, perot pun dah kenyang, aku ajakla student keluar rumah..Pergi jenjalan la sangat kan..Hihi...Dah makan makanan berat, kenala exercise..
Setakat pusing-pusing mall je pun..Semua mampu..Jalan-jalan ternampak kain rentang Kempen Derma kt MITC..Apa lagi, memang aku laju-laju ajak student pergi ke sana..Bila dah lama xderma darah rase eksaitednya kemain lagi..Dulu asal nak je derma darah, tekanan darah kurang la..Xcukup tidur la..Periodla..Kali tu  Alhamdulillah..Kepekatan darah aku pun ok..Dengan bangganya berjaya aku menderma darah..darah yang mampu aku dermakan sebanyak 350ml sahaja..Xsampai 10min, kantung beg darah aku dah penuh..Nampak sangat darah dalam badan aku banyak...Hiii...Dengan cara menderma ni, atleast aku dapat membantu pesakit yang memerlukan darah nanti..Niat ikhlas Insha Allah, Allah permudahkan segala urusan kita..Amin..


Muka neves  cucuk jarum..

Bersama student
Minggu lepas satu office diwajibkan membawa student pergi untuk Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2014 di Serdang..so aku pun terlibat..Terasa malas pulak nak menaip..So ak sertakan gambar sahaja..hehe..
Kepada pemenang Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri ni aku ucapkan tahniah..Xsangka pulak salah seeorang student dari Adtec Melaka dicalonkan..Bangga pulak rasenya walaupun aku dicalonkan..Haha..Berdoa satu hari nanti student aku juga mampu untuk mendapatkan anugerah sebegini..Insha Allah...



Sebelum bertolak

Terasa muda nye aku bila bersama mereka..Perasannn je tau...huu

Ok...Sekian sahaja entry untuk kali ni..Malas dah datang...Sebabnya tetibe lapar pulak...
Daaa....

Kepada semua blogger aku ucapkan 
Selamat Tahun Baru Cina..
Berhati-hati pulang ke kampung halaman..

(+___+)//

Friday, January 10, 2014

~~Itukan Rahsia Allah Pada Kita


Assalammualaikum dan selamat pagi..


Di saat uolls diulit mimpi, aku pula sedang berperang menahan sakit serta mata yg tidak mahu lelap wlpn mata dh terasa mcm sebeso mata burung hantu..Asal makan, selepas dua tiga jam mulala perot buat hal..Nak terasa muntah..Sapu mnyk angin, oknye sebentar saja.. Update blog pun sambil berenang ats ktil..hihi..

Mak...Help me!!Kalau kt rumah,boleh mnta mak picitkn kaki utk pulihkn perot ni..:( Mak siap pesan lagi perut aku jenis sensitip dr dlu.Salah ckit mkn,mulala nk meragam.Sayang mak tau sbb sntiasa memahami ana :) Tapi td dh mkn biskut, ni baru je muntah...:(

 Tekak dah pahit smcm mengeluarkan jus,perot lak kriuk kriuk mnta pizza :p Kemain ko Na nk demand pizza tgh2 bute ni :p 
Ha..dh alang2 aku menaip blog bebute pg ni,nk kupas sikitla topik kahwin yg dibncgkn dlm ofc aku smlm..hihi..Kemain dorg ni..Bab kahwin laju je nk bagi cdgn..Siap member ofc nk rekemenkan dgn seorg duda ni pada aku.Tapi...Bukan xberminat..Hati ku sudah ditawan..Wallahhhhwehh..Ayt nk sasterabunge..hihi..

Hurmm...Kalau bincangkan pasal topik kahwin ni, selagi kita xberkahwin,selagi tula org bertanya..KO BILA LAGI?SIAPA TEMAN KO?BILA AKU NAK MERASA MAKAN NASI MINYAK KO??

Aishh..banyak nau soalannya..Naik jemu lak..Siapa yg xnak hidup berteman??Siapa yg xnk rasa disygi??Siapa yg xnk dimanja??Siapa yg xnk dijaga dan dirawat??Confirm semua org inginkan seperti itu..Cuma janji Allah SWT tu tidak kita ketahui bila dan bersama siapa..:) 

Berdoa dan terus berdoa..Andai jodoh yang kite perolehi itu adalah orang yang kita hendaki,berdoa lagi supaya Allah sentiasa pelihara perasaan itu terhadap pasgn kita.Memang betul..Andai jodoh itu ada dan diredhai, redhalah hubungan itu.Andai kita bercinta bagai nak rak,tanpa redha-Nya, semuanya tidak akan terjdi..Kalau yakin itu jodoh kita,xperlu khuatiri..Pusing mana pergi sana situ,org yang itu juga Allah Swt temukan tau..Yang pasti,doa kpd Allah, 
Ya Allah..Andai org yang Kau berikan untuk menjadi teman sehidup semati buatku ini adalah yang terpilih buatku,Kau peliharalah segala2nya mengenai kami..Jauhkanlah kami daripada membuat kejahatan dan dekatkanlah kami pada jalan yg kebenaran..sesungguhnya Kau Maha Mengasihani serta Maha Mengetahui apa yang terjadi di sebaliknya..Ya Allah peliharakan lah perasaan kasih sayang,cinta dan hormat antara kami supaya ianya menjadi kekal sehinggalah kami di ijab qabul kan..Kekalkanlah kami menjadi kekasih yg bahagia dunia akhirat dan temukan kami di syurga mu kelak..
Insha Allah bila kita doakan yang baik2,Allah akan mendengar segala rintihan dan doa kita.Apa yang pasti jangan berputus asa dalam mencari jodoh..Buat uolls yg diluar sana,tidak perlu bertanya kepada kwn2 yang lain bila akan berkahwin,bila nk ada anak dan sebagainya.Jodoh dan rezeki dari Allah itu adalah pasti.Setiap hambanya berhak merasainya sndiri cuma tidak diketahui bila masanya sahaja..

Redha Allah SWT , Redhalah kita di sisi-Nya..

Sayanglah dia padaku seperti mana aku sayangkan dia..Peliharalah perasaan ini dari dikotori dr kejahatan..Sesungguhnya rindu hambamu ini pada dia tidak setanding rnduku padamu ya Allah..Peliharalah dia dari pandangan jauhku..

Aminnn

♥♥


Thursday, January 9, 2014

~~Motif Blog???

Assalammualaikum…


Ehemm ehemm.Sedut udara ekon sebentar.. Malas benar aku nak menapak keluar dari office untuk lunch bersama ofcmate.. Serius malas tahap siput gonggok..!!!  Nampak gayanya makan biskut kering ler jawabnya..hikhik.. Oh ya..Semalam member aku bertanya pada aku.. Apa tujuannya aku menulis blog ni?? Untuk suka suki je ke atau apa?? Kalau jawapan bagi pihak aku hanya sekadar untuk suka suki je..Tak lebih dari itu pun.. Kalau ade sesuatu yang ingin aku share kan, aku share..Kate sharing is caring kan??x gitewww??Hehe..Sekiranya ada sesetengah pihak tidak suke dgn cara penulisan blog aku,membosankan ke,no info about something ke, dipersilakan untuk tidak menjengah  lagi..Aku tidak memaksa pun kan kan..:p  Lagipun kan aku dah mention..TUJUAN aku berblog ini hanyalah sekadar untuk suka suki sahaja...Terpulang pada jawapan individu itu sendiri..Sesetengah pihak tujuan berblog untuk berniaga, bertambah kenalan, menambahkan side income dan bla bla bla..

Kalau dulu aku berblog pun sebab rase macam best je..Macam best je..Macam Best je..Hehe..Means, we do something dan ingin  dijadikan sebagai satu kenangan, uolss boleh created that moments kan..Luahkan apa yang kita rasa di dalam blog even perasaan sendiri yang kita lalui itu tidak dapat diputarkan kembali..Dalam blog ni letaklah gambar banyak mana pun sebabnya Sekeping gambar tersimpan banyak kenangannya tersendiri kan..Bila dah tua bolehlah uols tengok balik kenangan lama tu..Haha..Tapikannnnn…Xpayah tggu masa tua, sekarang ini pun aku dah macam tu..Bila rindu, aku akan tengok post-post aku yang lama..Hihi..Kalau dulu tulis blog mesti nak kaler warna-warni tulisannya, sekarang ni minta ampun la nk buat macam tu..Dulu sebabnya rase jiwa remaja-remaja giteww, skarang dah boleh nk jadi mak budak kottt… :P 

Usia meningkat, perangai pun seharusnya matang..
Sebut pasal matang ni mencabar jugak eh untuk menjadikan diri sendiri matang untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu..Maksud aku..Ceritanya begini, aku ade seorang student..Secara luaran aku Nampak die macam kerek sangat dengan pengajar yang lain..Masa itu, aku hanyalah kenal secara pandangan mata kasar sahaja..Al maklumlah yang aku ni masih baru lagi start kerja..So kena ambil masa juga lah untuk mengenal student-student di tempat aku ni bagaimana..Nak di jadikan cerita, student itu di bawah kos aku..So kiranya memang aku perlu berhadapan dengan dia la kn..Style student ni suka sangat menjeling..Nasib baik awak comel..Kalau x memang dah lama kena dengan aku..Haha..

Aku masih ingat lagi pesanan mak aku..Nak menjadi seorang pendidik ni bukan senang sebab kita akan berjumpe dengan pelbagai ragam dan perangai..Uishh..Memang aku sokong 100% dengan mak aku cakapkan tu..Berat tanggungjawab kita..Lebih-lebih lagi student yang baru nak melihat dunia luar tanpa pengawasan ibu bapa..Tapi yang betul-betul  mencabar student lelaki..Banyak cakap, banyak kelentong, banyak gossip, banyak ayat-ayat utk mengorat.Dengan-dengan aku sekali nk mencubanya..Haha..Memang kelakar..Setiap pengajar ada caranya tersendiri untuk mendidik studentnya..Bagi cara aku, aku lebih sukakan dengan cara santai, waktu belajar, kita belajar, waktu gurau, ade gurau sendanya, waktu serius, aku serius seumpama singa kot…Student aku mmg gerun..(eh, yeke ni??Nak tahu, kena jadi student aku..haha) Dalam pembelajaran, aku lebih suka student mulakan kelas dengan bacaan Al-fatihah dan di ikuti doa belajar..Bila dah habis kelas, disudahi dgn surah Al-Asr..Mungkin dengan cara ini dapat lembutkan hati diorg untuk menerima ilmu..Insha Allah..Mana yang baik aku ikuti, mana yang tidak elok kita sama-sama elakkan..
Bila kita menyampaikan sesuatu ilmu dengan ikhlas, satu perasaan yang kita sendiri tidak dapat ungkapkan, yang pastinya aku berasa puas hati..Keluar kelas pun senyum labor je..Paling seronok, bila student faham dengan apa yang ilmu kita sampaikan..Rase nak lompat-lompat je aku..haha..

Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
A001
Demi Masa!
A002
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
A003
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Eh, ni dah macam lari topik je..Bukan asalnya aku nak cerita tentang blog ke??huhu.. Saje nak lari topic sikit, sebabnya aku bosan… Cerita pasal budak comel yang suke menjeling ni, bila aku dah kenal betul-betul, baru aku faham yag die ni jenis macamana..Bagi aku memang die ni ade sikap yang kurang aku gemari sikit..Kuat melawan pengajar  dan cara cakap pun kurang ajar..So no problem utk handle ini student..Kita slow talk elok-elok dgn die, insha allah..Secara automatic dia akan berubah secara perlahan-lahan..Kita jangan terlalu memaksa seseorang untuk berubah secara drastik.. Aku lebih suka menegur seseorang dengan secara face to face dan tanpa orang lain berada di sisinya..Dengan cara itu, kemungkinan memberi sedikit kekuatan dan memberi sedikit muhasabah buat dirinya untuk dia berubah..Alhamdulillah, akhirnya kesan yang positif yang aku lihat pada dirinya..Sudah semakin lemah lembut  pabila berhadapan dengan kawan-kawan dan pengajar yang lain...Im Happy uolsss…J


Apa yang pasti aku meLakukannya kerana Allah SWT..
Sekian sahaja penulisan blog aku untuk hari ini..


Wednesday, January 8, 2014

~~Hati Bunga-bunga ??

Hati berbunga-bunga sebab nak jumpe org tersayang..wahhaaaaa...
Rindu sokmo..
Moga kalian sihat-sihat selalu..

LOVe ForEveR

(+__+)//



Monday, January 6, 2014

~~Selamat Hari Tua Yang ke...?? :)

aha..uhi..ihi..
Knock-knock..:P
Curi masa kejappppp je nk update blog ni..hiiii

Assalammualaikum uolls..

Hari ini 6 Jan 2014..Maknanya sudah capai lah usia aku yang ke berapa..?? Ops..aku  pun dah lupa berapa umur aku sekarang ..:P Yang pasti terasa masih muda gitttewww..hahaha..Ok..Xlawak !! 

Alhamdulillah....Allah SWT masih memberi peluang kepada diri aku ni untuk menghirup udara yang segar di Malaysia..Merasa kasih sayang dari orang yang aku sayang..Memberi peluang untuk aku bertaubat..Memberi peluang untuk aku membalas jasa kedua ibu bapa aku..Ha...Yang penting dan aku harapkan ialah memberi peluang untuk aku berkahwin..Hahahah..Nampak sangat gatainye titew..:p Sejak akhir-akhir ni aku memang gilerkan baby..Nmpk baby aku nak gomoi-gomoi..Confirm pengsan baby tu..Tambah pulak aku gomoi sebelum mandi..Melekat bau aku kt baby tu..Haha..Tapi aku tidak peduli itu semua.Sebabnya aku terasa masih wangi bila bangun tidur..ehe...:)

Tiada apa yang aku harapkan dari-Nya..Cukuplah sekadar aku diberikan kesihatan yang baik dan dijauhkan daripada segala keburukan..semoga tahun ini, rezeki aku melimpah ruah serta diberikan pekerjaan yang boleh menjamin masa hadapan aku..
Insha Allah..
Amin...

Kepada yang mengenali aku..Aku ingin menyusun 10 jari jemari aku yang tidak beberapa runcing ini..Memohon maaf andainya aku bukan dan tidak pernah menjadi kawan yang terbaik..TAPIIII...Aku tetap mencuba untuk mejadi terbaik buat uolss..:)

Terima kasih juga kepada teman seperjuangan yg tidak lupa utk menyanyi..kol aku tgh mlm..Wish utk aku pada malam.di saat aku di ulit mimpi..aku hargainya sgt2..Dalam sebak ade air mata mengalir...Waaaa..Terharu titewww....:)

Allah selamatkan saya..Allah selamatkan saya..
Allah selamatkan Nurul Farhana...
Yeaaayyyyyyy.......

"Tatkala usia meningkat, tatkala itu ingin menjadi hamba yang beramal solehah serta ketingkatan iman yang padu"

Terima kasih sahabat kerna sentiasa memahami diri ini walaupun aku seorg yg giler2..Rindu !!!
Yang pasti sayang F & F

" Terima Kasih kerana hadir di dalam hidup saya di saat saya di landa kesedihan "
H61H

Wednesday, January 1, 2014

~~2014


Selamat Tahun Baru
Hihu..Hari ini 1/1/2014..Confirm warga blogger sudah ada azam masing-masing kan kan kan?Ofkos la kan ada.Ada yg berazam nk bertunang,bernikah,berkahwin,kumpul duit beli rumah,kereta idaman,kumpul bini dan bla bla bla...Kumpul bini tu slow sikit..Mau kena kejar dgn parang kalau nk kumpul bini..hehe.Aku mcm uols juga.Ada AZAM sndiri..Opss..bukan Azam tu nama laki tau..hihu..Tapi apa eh AZAM aku??Biarlah rahsia antara aku dgn Pencipta..:) Tapi apa yang aku betul-betul inginkan..Aku hendak lebih dktkn diri dgn Maha Pencipta.Aku sedar dah banyak aku buat dosa mungkin secara sedar dan tidak sedar.Dosa besar,kecik,xnampak dan xnampak.Aku bukan nak berlagak yang aku ni baik orgnya.Mention kt org ramai yang aku ni hendak berubah.Buat kebaikan,kemudian canang merata tempat.Opss..Kalau uols rasa aku sebegitu,aku minta maaf dan tidak mengharap simpati.Aku pn ada perasaan hendak berubah menjadi lebih yang baik.Aku sedaya upaya mempertingkatkan kualiti hidup aku.Aku tidak akan sesekali salahkan oleh faktor luaran yang mnyebabkn diri aku ni berubah.Berubah ni mungkin di atas diri sendiri.Yang kekadang tidak dapat menahan nafsu dunia semata-mata.Kalau iman kuat,kita tidak akan terkandas..:( Aku menulis melalui pengalaman hidup aku sendiri.Aku tak akn menuding jari kepada hdp org lain.Baik mana kita,tinggi mana iman kita,kekadang kita tersasar ke jalan yg tidak betul.Bila dah terkandas,confirm *bertanduk dua tgh horay-horay*..Sentap aku..sedih aku.Kalau dah buat salah tu,

Minta maaf pada Allah sahaja..Minta Allah peliharakan diri dr trs melakukan kesilapan..;) Hidup ni pn bukan kekal selamanya pun.Kalau selama ni kita ade buat salah dgn org ramai,sedaya upaya kita meminta maaf.Biarpun org tu tidak mahu maafkan kita,atleast kita dh cuba sebaik yang mungkin utk menjalinkan ukhuwah sesama manusia.Kalau sebelum ni kita tidak pernah hargai mak ayah kita,kali ini kita rendahkan ego kita utk menyanjung mereka.Hargai mereka dgn membuat sesuatu perkara yg membolehkan mereka gembira.Yang mana dah bekerja,di hulurnya wang ringgit.Perkara sedemikian yg tgh aku praktikan.Aku bila tggl bersama mak ayah,aku lebih banyak duduk dalam bilik melayan novel dan bla bla.Bila dah duduk jauh dr mereka mulala terasa menyesal sebab tidak pernah nak merapatkan diri dgn mereka..Serius..Aku rindu banget kpd mereka.Hanya mampu berdoa buat mereka sihat tubuh badan..:) Cakap mengenai perasaan ini..Perasaan cukup indah bila Allah berikan kepada setiap insan.Perasaan rindu,kasih sayang,cinta..Minta sgt2 Allah pelihara dan kekalkan perasaan ini terhadap diri aku kepada org yang aku sayang walaupun jauh dr mereka semua..:)Berdoa kepada Allah supaya jauhkan perasaan yg tidak baik di dlm diri kita.Siapa pn xnk ade perasaan benci kpd org lain.Aku pn xnak..Minta sgt dijauhkn.
Tahun baru ni, aku xmengharapkan apa2 pun.Cukuplah sekadar Allah Swt mempeliharakan aku..Memberikan aku kesihatan yang baik..Mempelihara maruah aku..Memberi aku kesempatan utk bertaubat..Sentiasa memberikan aku hidayah-Nya..Menjadikan aku seorg pendidik yang ikhlas utk menyampaikan ilmu..Memberikan aku pekerjaan yang tetap..Memberikan aku gaji yang diberkati..Memberikan aku kesempatan utk berbakti kepada kedua ibu bapa..Memberikan aku psgn hdup yg boleh membimbing aku..:)
Insha Allah..Tanpa redha dari-Nya..Semua ini tidak akan berlaku..Berdoa dan terus berdoa..Sesunggahnya Allah Maha Berkuasa