Assalammualaikum..Lately
mmg bz sikit..Alhamdulillah..Ak berjaya present utk final projek
ak.Berjaya menghabiskan exam final teori yg berlangsung slma seminggu..Alhamdulillah hgga tidak terhingga kerana Allah SWT telah mempermudahkan
segala perjalanan ak dan kawan-kawan ak..Tiada masalah ketika present dgn panel
dr luar dan exam final.. Kiranya result utk final projek dan exam teori next year
baru dapat tahu..Sekarang ni bz dengan buat report plak..Curi masa sedikit
utk menulis blog ni..Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan serta
perjalanan kami sekelas untuk meneruskan praktikal selama 6 bulan pd thun hadapan..Amin…
Dalam
sibuk-sibuk buat report,bhabis semua idea yg dikeluar, confirm otak jd penat..Untuk hilangkan stress tu, ak pun nulislah blog ni..hee..ak teringat tentang isi kandungan buku yg dipinjam
oleh rumate ak dr lecterur ak..tertarik sgt-sgt isi kandungan yg di
dalamnya..Mengenai penghijrahan saudara baru kepada agama baru..Dalam buku ni,
ada juga mengisahkan artis-artis yg telah memeluk Islam..Bagaimana cabaran
mereka ketika sebelum dan selepas pengalaman mereka setelah memeluk Islam..Ada
salah seorang artis ni, ak dgn adik-beradik mmg minat sgt-sgt..Alah..yg pelakon
muke cina dalam cerita Gerakan Khas tu..Ingat dulu, ak dgn adik-beradik
berebut-rebut nk jadikan Inspektor Lim tu sebagai artis fevered..Yang xtahan,
sampai gaduh-gaduh ha kami adik-beradik…haha..so funny…Bila teringat balik, mcm
gedik je kiteorg..APTB..:P
Dulu mse
kecik,mesti ak tanya mak kalau tgk cite tu..”Mak,Inspektor Lim tu cina or
Islam..??” Mak cakap die tu Islam..Tapi ak mana nk percaya..hehe..Bila umur dh
meningkat, sedikit sebanyak ak dah tahu ttg pelakon tu..Ermm..bila selepas ak
membaca buku yg berjudul “Akhirnya Kutemui Cinta-mu..” baru ak tahu bagaimana
“inspektor Lim @ Farid Amirul Hisham Wu
Bin Abdullah” memeluk Islam..Macam-macam
die harungi..Meh ak ceritakan sedikit sebanyak bagaimana kuatnya semangat die
utk menegakkan Agama Islam sebagai tiang agama kite semua..
Lim @ Farid
ni dari kecil die dibesarkan oleh datuk sebelah ibunya yang beragama
Islam..Bapanya adalah berbangsa Cina, ibunya pula berasal dr keluarga
Bumiputera Sarawak..Die dibesarkan oleh datuknya seperti seorg Melayu. Die
memakai kain pelekat dan bersunat. Tetapi die tidak di ajar membaca al-quran,
puasa, solat dan ibadah-ibadah yang lain seperti mana menjadi amalan
orang-orang Islam. Datuknya tidak mahu mengajar die disebabkan tidak dibenarkan
oleh ibu bapanya. Semasa die berumur 15 tahun, die mula mempersoalkan amalan
agama kedua ibu bapanya. Sikap die berterusan sehinggalah satu peristiwa tu
terjadi pada dirinya. Ya Allah..Betapa indahnya Islam itu di pandangan mata ak.
Terasa Bersyukur kerana ak dilahirkan secara Islam..
Peristiwa
yang terjadi tu adalah, die mula mendekatkan diri dengan Agama Kristian yg
begitu dominan di Sabah. Die pelajari Kristian Katolik dan masuk gereja serta
jalani upacara-upacaranya seperti membaca Injil, Gospel dan kitab-kitab yang
lain. Die turut menyanyi dan memuji-muji kebesaran Nabi Isa, surah-surah di
dalam Injil tentang Nabi Isa, Tuhan, Nabi Yahya dan sebagainya. Setiap minggu
die menjalani upacara komunian, iaitu membersihkan diri dari dosa yang
dilakukan sepanjang seminggu itu. Upacara komunian ialah meletakkan sekeping
roti putih nipis di atas lidah serta minuman sedikit wain merah. Dalam Kristian
Katolik, roti putih melambangkan jasad Nabi Isa, manakala wain merah pula
darahnya. Tetapi die seorang yang suka membaca dan mengkaji. Pembacaan dan
kajian itu, die terus mencari agama yang dapat memenuhi kekosongan di hati dan
menjawab pelbagai persoalan yang bermain dalam fikiran die dan lengkap dalam
semua aspek kehidupan.. Die tertarik dgn maklumat yg mengatakan ada satu gospel
yg menyebut bahawa sebelum Nabi Isa bersembahyang, baginda akan berwuduk
terlebih dhulu. Kemudian, bila baginda solat, bgnda akan bersujud menghadap
kiblat ke arah Barat??Timbul persoalan bagi diri nya. Nabi Isa berwuduk tetapi
mengapa baginda menghadap kiblat ke arah Barat? Die tidak putus asa utk
mengetahui lebih lanjut. Bermulalah pencariannya mengenai persoalan itu.
Apabila terdapat banyak percanggahan , akhirnya die menjadi seorg ateis. Ateis
bermaksud org yg tdk mempercayai agama dan bagi semua agama adalah karut.
Pernah sewaktu di sekolah, die bertanya kepada kawan-kawannya. Disebabkan die
belajar di sekolah mubaligh, mengenai Islam tidak dibenarkan dan tidak berani
bercakap secara terbuka tentang Islam. Apatah lg pengetua sekolahnya seorg
ketua agama dr England. Seorg guru melihat keinginannya utk mengetahui Islam
lebih mendalam, guru itu menceritakan serba sedikit mengenai Islam dan beliau
telah memberikan die sebuah buku yang bertajuk Samudera Al-Fatihah. Die telah
mengambil buku itu dan berkata sekiranya buku itu tidak memberikan sebarang
kefahaman tentang Islam, die akan menjadi seorg ateis..Pernah juga die bertanya
kepada kawannya. “Adakah kita akan merasakan sesuatu atau rasakan kewujudan
Tuhan semasa sembahyang?” Kwnnya menjawab “Ya” ! Apabila kita khusyuk, kita
akan merasakan kewujudan Tuhan tu !” Dia menjawab..”Bolehkah ak merasa nya jugak?? Malah jwpan yg diberikan oleh
kwnnya menyebabkan die merasa sakit hati Sebabnya “Kau adalah kafir dan tidak
akan merasa kewujudan Tuhan itu”
Dengan
perasaan marah, die akhirnya telah menyimpan wang tabungnya selama 6 bulan
untuk membeli kelengkapan solat seperti baju Melayu, samping, dan songkok.
Setelah berjaya membelinya, die bercakap berulang kali kepada dirinya sendiri
“Ini kali terakhir. Kalau sembahyang pun ak tidak merasakan kewujudan Tuhan,
maknanya Islam ini juga mengarut. Semua agama menipu, Termasuk Islam ! “.
Die
mengambil wuduk, kemudian memulakan sembahyang mengikut tertibnya yg telah
dipelajari di dlm buku. Dari mula sembahyang sehggalah tahiyat akhir, die tidak
merasakan apa-apa yang istimewa atau berasa dkt dgn Tuhan atau merasakan
kewujudan Tuhan..Dgn perasaan marah, die keluar dr masjid sambil mulut
mengeluarkan perkataan bullshit bullshit berulg kali serta mengatakan buat habis duit
shja keluar beli kelengkapan solat dan die benar-benar meradang dan marah
kerana die tidak merasakan kewujudan tuhan itu semasa sembahyang td.. Apabila
sudah melangkah keluar masjid, die terdengar alunan satu suara yg sungguh
merdu..
Alunan
suara itu adalah azan yg berkumandang dr masjid itu.
Allahuakbar…
Allahuakbar…
Allahuakbar…
Allahuakbar…
Asyhadualla
illa haillallaaaah…
Asyhadualla
illa haillallaaaahaaaaah…
Langkahnya
terus terhenti..Serta-merta badan menjadi menggigil, terasa diri kerdil, kotor
dah lemah. Mendengar kalimah azan, air mata mula bergenang. Ia mengalir sgt
laju sehingga tidak terkata dan tidak dapat dithn perasaan hiba itu. Seruan
azan itu menusuk terus ke dalam jiwa die. Segala perasaan rasa sombong, degil
dan marah selama ni terus hilang serta-merta. Die memandang
sekeliling..Seolah-olah azan itu adalah panggilan dr Tuhan yg mahu berhubung
dgn die, tetapi die tidak menyahut.. Di dalam hatinya berkata “ Banyak agama yg
ak kaji , tp tidak pernah ak rasa begini”..Akhirnya die berjaya mengucap
syahadah dgn tenangnya setelah bermacam-macam-macam halangan yang die
tempuhi..Betapa hebatnya menjdi seorg Islam.Tidak semua org akan merasakan
sebegitu.Hanya org yg terpilih sahaja.
“Ujian itu
berlaku kerana Allah sentiasa mengambil berat terhadap hamba-hamba-Nya. Ia
bagaikan satu wadah utk Allah ‘berbicara’ dgn kita, seperti Allah berkata “Aku
mengujimu kerana aku menyayangi semua umatku”
Ya..Ak
bersyukur kepadamu kerana aku masih diberi peluang utk hidup di muka bumi ini
dgn utk melakukan amar maaruf nahi munkar. Semoga kita sama-sama mendapat
manfaatnya..Amin…
***Teringat
kejadian 5 tahun lepas..Sewaktu ak menjalani PLKN di Kem Terkok Sg.
Siput..Seorg lelaki India yang ak memanggil die dgn gelaran ‘Macha’ @ Devan.
Sangat-sangatlah hensem sewaktu die memakai baju Melayu…J J J Die pernah meluahkan isi hatinya
kpd ak..Kalau boleh die ingn jadikan ak sbg awek die..Serius ak katekan..Die
betul-betul berminat mengenai Islam..Tp syg, ak xdpt nk mengajak die mengenali
Islam dgn lebih mendalam..Ketika itu, ak dh jd makwe kpd salah sorg kwnnya..Ak
hanya boleh memberi sedikit sebanyak pandangan ttg Islam dr pelbagai sudut..Tak
silap ak, selepas ak menolak balasan isi hatinya, die telah memilih salah seorg
gurl di Kem juga sebgai aweknya yg berasal dr Kelantan. Ak bersyukur sgt2
ketika itu. Die xsalah membuat pilihan. Dan die jugak pernah berjumpa dgn
family gadis tu. Tapi ak xtahu sama ada hubangan dorg direstu atau tidak.
Seingat ak, selama setahun lebih ak masih contact dgn die selepas menamatkan
PLKN..Kami duduk senegeri..Bila ade waktu terluang, kami berjumpa dan berkongsi
cerita. Akhirnya hubungan die dgn gadis itu putus..Ak tidak pasti adakah
hubungan diorg terputus di sebabkan perbezaan Agama..?? Sampai sekarang ak
xdapat contact dgn die.Die sudah bertukar no telefon.. Rindu kt awak,
Macha..Sob Sob sob.. L
Kalau kite terjumpa di area Ipoh, sy ada banyak story yg nk cerita kt
awak !! Awak masti nk tahu kan kan kan mengenai cinta sy…J
Semoga ak
tabah menghadapi hidup yg akan mendatang..Amin
BuiBui..
(^__^)//
Assalam..