Pages

Nuffnang Advert

Monday, December 10, 2012

~~Betapa Indahnya Islam itu


Assalammualaikum..Lately mmg bz sikit..Alhamdulillah..Ak berjaya present utk final projek ak.Berjaya menghabiskan exam final teori yg berlangsung slma seminggu..Alhamdulillah hgga tidak terhingga kerana Allah SWT telah mempermudahkan segala perjalanan ak dan kawan-kawan ak..Tiada masalah ketika present dgn panel dr luar dan exam final.. Kiranya result utk final projek dan exam teori next year baru dapat tahu..Sekarang ni bz dengan buat report plak..Curi masa sedikit utk menulis blog ni..Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan serta perjalanan kami sekelas untuk meneruskan praktikal selama 6 bulan pd thun hadapan..Amin…

Dalam sibuk-sibuk buat report,bhabis semua idea yg dikeluar, confirm otak jd penat..Untuk hilangkan stress tu, ak pun nulislah blog ni..hee..ak teringat tentang isi kandungan buku yg dipinjam oleh rumate ak dr lecterur ak..tertarik sgt-sgt isi kandungan yg di dalamnya..Mengenai penghijrahan saudara baru kepada agama baru..Dalam buku ni, ada juga mengisahkan artis-artis yg telah memeluk Islam..Bagaimana cabaran mereka ketika sebelum dan selepas pengalaman mereka setelah memeluk Islam..Ada salah seorang artis ni, ak dgn adik-beradik mmg minat sgt-sgt..Alah..yg pelakon muke cina dalam cerita Gerakan Khas tu..Ingat dulu, ak dgn adik-beradik berebut-rebut nk jadikan Inspektor Lim tu sebagai artis fevered..Yang xtahan, sampai gaduh-gaduh ha kami adik-beradik…haha..so funny…Bila teringat balik, mcm gedik je kiteorg..APTB..:P
Dulu mse kecik,mesti ak tanya mak kalau tgk cite tu..”Mak,Inspektor Lim tu cina or Islam..??” Mak cakap die tu Islam..Tapi ak mana nk percaya..hehe..Bila umur dh meningkat, sedikit sebanyak ak dah tahu ttg pelakon tu..Ermm..bila selepas ak membaca buku yg berjudul “Akhirnya Kutemui Cinta-mu..” baru ak tahu bagaimana “inspektor Lim @  Farid Amirul Hisham Wu Bin Abdullah”  memeluk Islam..Macam-macam die harungi..Meh ak ceritakan sedikit sebanyak bagaimana kuatnya semangat die utk menegakkan Agama Islam sebagai tiang agama kite semua..

Lim @ Farid ni dari kecil die dibesarkan oleh datuk sebelah ibunya yang beragama Islam..Bapanya adalah berbangsa Cina, ibunya pula berasal dr keluarga Bumiputera Sarawak..Die dibesarkan oleh datuknya seperti seorg Melayu. Die memakai kain pelekat dan bersunat. Tetapi die tidak di ajar membaca al-quran, puasa, solat dan ibadah-ibadah yang lain seperti mana menjadi amalan orang-orang Islam. Datuknya tidak mahu mengajar die disebabkan tidak dibenarkan oleh ibu bapanya. Semasa die berumur 15 tahun, die mula mempersoalkan amalan agama kedua ibu bapanya. Sikap die berterusan sehinggalah satu peristiwa tu terjadi pada dirinya. Ya Allah..Betapa indahnya Islam itu di pandangan mata ak. Terasa Bersyukur kerana ak dilahirkan secara Islam..
Peristiwa yang terjadi tu adalah, die mula mendekatkan diri dengan Agama Kristian yg begitu dominan di Sabah. Die pelajari Kristian Katolik dan masuk gereja serta jalani upacara-upacaranya seperti membaca Injil, Gospel dan kitab-kitab yang lain. Die turut menyanyi dan memuji-muji kebesaran Nabi Isa, surah-surah di dalam Injil tentang Nabi Isa, Tuhan, Nabi Yahya dan sebagainya. Setiap minggu die menjalani upacara komunian, iaitu membersihkan diri dari dosa yang dilakukan sepanjang seminggu itu. Upacara komunian ialah meletakkan sekeping roti putih nipis di atas lidah serta minuman sedikit wain merah. Dalam Kristian Katolik, roti putih melambangkan jasad Nabi Isa, manakala wain merah pula darahnya. Tetapi die seorang yang suka membaca dan mengkaji. Pembacaan dan kajian itu, die terus mencari agama yang dapat memenuhi kekosongan di hati dan menjawab pelbagai persoalan yang bermain dalam fikiran die dan lengkap dalam semua aspek kehidupan.. Die tertarik dgn maklumat yg mengatakan ada satu gospel yg menyebut bahawa sebelum Nabi Isa bersembahyang, baginda akan berwuduk terlebih dhulu. Kemudian, bila baginda solat, bgnda akan bersujud menghadap kiblat ke arah Barat??Timbul persoalan bagi diri nya. Nabi Isa berwuduk tetapi mengapa baginda menghadap kiblat ke arah Barat? Die tidak putus asa utk mengetahui lebih lanjut. Bermulalah pencariannya mengenai persoalan itu. Apabila terdapat banyak percanggahan , akhirnya die menjadi seorg ateis. Ateis bermaksud org yg tdk mempercayai agama dan bagi semua agama adalah karut. Pernah sewaktu di sekolah, die bertanya kepada kawan-kawannya. Disebabkan die belajar di sekolah mubaligh, mengenai Islam tidak dibenarkan dan tidak berani bercakap secara terbuka tentang Islam. Apatah lg pengetua sekolahnya seorg ketua agama dr England. Seorg guru melihat keinginannya utk mengetahui Islam lebih mendalam, guru itu menceritakan serba sedikit mengenai Islam dan beliau telah memberikan die sebuah buku yang bertajuk Samudera Al-Fatihah. Die telah mengambil buku itu dan berkata sekiranya buku itu tidak memberikan sebarang kefahaman tentang Islam, die akan menjadi seorg ateis..Pernah juga die bertanya kepada kawannya. “Adakah kita akan merasakan sesuatu atau rasakan kewujudan Tuhan semasa sembahyang?” Kwnnya menjawab “Ya” ! Apabila kita khusyuk, kita akan merasakan kewujudan Tuhan tu !” Dia menjawab..”Bolehkah ak merasa  nya jugak?? Malah jwpan yg diberikan oleh kwnnya menyebabkan die merasa sakit hati Sebabnya “Kau adalah kafir dan tidak akan merasa kewujudan Tuhan itu”
Dengan perasaan marah, die akhirnya telah menyimpan wang tabungnya selama 6 bulan untuk membeli kelengkapan solat seperti baju Melayu, samping, dan songkok. Setelah berjaya membelinya, die bercakap berulang kali kepada dirinya sendiri “Ini kali terakhir. Kalau sembahyang pun ak tidak merasakan kewujudan Tuhan, maknanya Islam ini juga mengarut. Semua agama menipu, Termasuk Islam ! “.
Die mengambil wuduk, kemudian memulakan sembahyang mengikut tertibnya yg telah dipelajari di dlm buku. Dari mula sembahyang sehggalah tahiyat akhir, die tidak merasakan apa-apa yang istimewa atau berasa dkt dgn Tuhan atau merasakan kewujudan Tuhan..Dgn perasaan marah, die keluar dr masjid sambil mulut mengeluarkan perkataan bullshit bullshit  berulg kali serta mengatakan buat habis duit shja keluar beli kelengkapan solat dan die benar-benar meradang dan marah kerana die tidak merasakan kewujudan tuhan itu semasa sembahyang td.. Apabila sudah melangkah keluar masjid, die terdengar alunan satu suara yg sungguh merdu..

Alunan suara itu adalah azan yg berkumandang dr masjid itu.
Allahuakbar… Allahuakbar…
Allahuakbar… Allahuakbar…
Asyhadualla illa haillallaaaah…
Asyhadualla illa haillallaaaahaaaaah…

Langkahnya terus terhenti..Serta-merta badan menjadi menggigil, terasa diri kerdil, kotor dah lemah. Mendengar kalimah azan, air mata mula bergenang. Ia mengalir sgt laju sehingga tidak terkata dan tidak dapat dithn perasaan hiba itu. Seruan azan itu menusuk terus ke dalam jiwa die. Segala perasaan rasa sombong, degil dan marah selama ni terus hilang serta-merta. Die memandang sekeliling..Seolah-olah azan itu adalah panggilan dr Tuhan yg mahu berhubung dgn die, tetapi die tidak menyahut.. Di dalam hatinya berkata “ Banyak agama yg ak kaji , tp tidak pernah ak rasa begini”..Akhirnya die berjaya mengucap syahadah dgn tenangnya setelah bermacam-macam-macam halangan yang die tempuhi..Betapa hebatnya menjdi seorg Islam.Tidak semua org akan merasakan sebegitu.Hanya org yg terpilih sahaja.

“Ujian itu berlaku kerana Allah sentiasa mengambil berat terhadap hamba-hamba-Nya. Ia bagaikan satu wadah utk Allah ‘berbicara’ dgn kita, seperti Allah berkata “Aku mengujimu kerana aku menyayangi semua umatku”
Ya..Ak bersyukur kepadamu kerana aku masih diberi peluang utk hidup di muka bumi ini dgn utk melakukan amar maaruf nahi munkar. Semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya..Amin…


***Teringat kejadian 5 tahun lepas..Sewaktu ak menjalani PLKN di Kem Terkok Sg. Siput..Seorg lelaki India yang ak memanggil die dgn gelaran ‘Macha’ @ Devan. Sangat-sangatlah hensem sewaktu die memakai baju Melayu…J  J J Die pernah meluahkan isi hatinya kpd ak..Kalau boleh die ingn jadikan ak sbg awek die..Serius ak katekan..Die betul-betul berminat mengenai Islam..Tp syg, ak xdpt nk mengajak die mengenali Islam dgn lebih mendalam..Ketika itu, ak dh jd makwe kpd salah sorg kwnnya..Ak hanya boleh memberi sedikit sebanyak pandangan ttg Islam dr pelbagai sudut..Tak silap ak, selepas ak menolak balasan isi hatinya, die telah memilih salah seorg gurl di Kem juga sebgai aweknya yg berasal dr Kelantan. Ak bersyukur sgt2 ketika itu. Die xsalah membuat pilihan. Dan die jugak pernah berjumpa dgn family gadis tu. Tapi ak xtahu sama ada hubangan dorg direstu atau tidak. Seingat ak, selama setahun lebih ak masih contact dgn die selepas menamatkan PLKN..Kami duduk senegeri..Bila ade waktu terluang, kami berjumpa dan berkongsi cerita. Akhirnya hubungan die dgn gadis itu putus..Ak tidak pasti adakah hubungan diorg terputus di sebabkan perbezaan Agama..?? Sampai sekarang ak xdapat contact dgn die.Die sudah bertukar no telefon.. Rindu kt awak, Macha..Sob Sob sob.. L  Kalau kite terjumpa di area Ipoh, sy ada banyak story yg nk cerita kt awak !! Awak masti nk tahu kan kan kan mengenai cinta sy…J

Semoga ak tabah menghadapi hidup yg akan mendatang..Amin
BuiBui..
(^__^)//


Assalam..

No comments:

Post a Comment