Pages

Nuffnang Advert

Tuesday, October 9, 2012

~~KeciL-KeciL SudaH PanDai

Yuhuu..Assalam semua..

Sejuk je hati ak tgk bdk ni..Bertuah ibu yg mengandungkan die..Kecik-kecik lg dh pndai..Mungkin ibunya dah ajar dr kecil lg dh solat..Tak pun ibunya ajak die solat sekali setiap kali msk wktu..Bagus-bagus..Nanti kalau ak ada anak sndri...Akan ak berikan didikan sebegini..Bila dh besar sdkt sbyk ilmu ttg akhirat dh pnh di dada selain drpd ilmu dunia..Waktu ni ak pergi ke surau..Yela..dh "cuti" duk diam-diam jela..


HADIS
Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang anak telah mengenal kiri dan kanan, ajarlah dia bersembahyang“.
Nabi Muhammad SAW menyuruh kita ajar anak solat sejak dari umur 7 tahun dan pukul kalau tidak solat bila umur 10 tahun.
Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). (Hadis riwayat Abu Daud).
Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam. Selain itu kita juga dilarang menjatuhkan airmuka orang lain.
Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang di antara kamu bertengkar dengan saudaranya maka hendaklah beliau menghindari dari memukul di bahagian muka
Dalam mendidik anak-anak, berlemah lembutlah, namun sediakan rotan di rumah (digantung) sekadar untuk mengertak kalau mereka malas beribadat. Dalam satu hadis lebih kurang maksudnya “ Tiada kebaikan/berkat rumah yang tiada rotan”
Asuhlah anak-anak kita seperti kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya” supaya akhlak anak jadi baik. Ini kerana “kuah tidak semestinya tumpah ke nasi”. Ada orang jahil yang lahir dari rumah ulama dan ada juga ulama yang lahir dari rumah orang jahil.
Saf kanak-kanak
Saf bagi kanak-kanak di dalam masjid ialah di belakang saf orang dewasa. Dalam hadith disebut,  “Adalah Rasulullah SAW mengatur saf lelaki di depan saf kanak-kanak dan saf perempuan di belakang saf kanak-kanak.” (Riwayat Muslim).
Saf kanak-kanak adalah dibelakang kerana sembahyang mereka adalah sunat sahaja jika dibandingkan dengan sembahyang orang dewasa yang hukumnya fardhu.
Pengasingan ini bukanlah kerana mereka belum berkhatan dan ada kotoran ‘kulup’. Ada pendapat yang mengatakan kanak-kanak boleh sembahyang dalam satu saf bersama orang dewasa kerana orang dewasa juga mengandungi najis dalam badan mereka. Sebenarnya ia bukanlah najis selagi masih berada dalam badan dan belum keluar dari badan. Lagipun Rasulullah sendiri yang mengatur saf kanak-kanak di belakang saf orang dewasa.

Budak kck ni xsmpi umur 3 thun lg..:)

Itu je nk citerrr..


(+__+)//



2 comments:

  1. Kan... Sejuk mata dan hati tengok bebudak cmnih... budak2 yg menghuru harakan surau masjid ni, boleh pening dibuatnya... *contoh penulis nih mase kecik2* :D

    ReplyDelete
  2. hehe..dulu mase kecik-kecik maybe nakal sedikitlah...tp still duk baik lg kt dlm msjd..:)

    ReplyDelete