Pages

Nuffnang Advert

Wednesday, November 7, 2012

~~JodoH keTenTuaN SemuaNya Dari ALLAH S.W.T

Dalam tengah menyelesaikan tugasan yang di beri oleh lecturer, sambil-sambil tu layanlah lagu jiwang..
Ada satu lagu tu betul-betul mengingatkan ak kepada seseorang..
Alamak, tangkap lentok dan layan sedih lah pulak..
Tetiba mood yang berkobar-kobar untuk menyiapkan tugasan tu tertangguh lagi..
Apa nk jadi dgn awak ni ye Ana !!
Wake up lah !! huhu...Jangan terlampau melyankan emosi tu sangat..
Ada seorang mamat ni yang ak anggap sebagai kawan..
Dari tahun 2010 ak berkawan dgn die..
I think he is a good person..Ak suker sesangat berkawan dgn die..
Banyak yg die suke bagi nasihat kt ak walaupun ak ni bukan someone special yang die anggap..
Ak dgn die ni kawan jelaaa...
(yeke nih??hehe..Biarlah rahsia antara ak dan dia..chewaaahhh :p )

Nak buat macamana, redha dan pasrah..Itukan ujian daripada Allah kepada hambanya dgn apa yg terjadi..
Semenjak daripada ak putus cinta tu, semua ahli keluarga ak mengingatkan ak supaya lebih berhati-hati lagi..
Jangan jadi macam peristiwa lama..Jadikan sebagai pengajaran hidup..
xguna bercinta tetapi sakit seluruh jiwa dan raga..
Tak semua org ni sama di dunia..Tiap-tiap org ade kelemahan dan kelebihan..
Pernah gak ak ni tersuka kt someone nih, sebelum tu ak dah tangkap lentok jugaklah..hahaha
Baru ak terhegeh-hegeh nk beritahu ttg someone tu pada mak ak..Ak ni jenis rapat dengan mak dari ayah..
So apa-apa hal ak mesti bagi tahu mak dulu..Pernah ak cakap kt mak..Mak tolonglah tengok jodoh ana dengan org tu ok or tak..Mak selalunya kalau ak ade je masalah die akan tolong..Kali ni ak minta die tolong buatkan solat isthikarah..Bukan ak xboleh buat sendiri..Pernah jugak..Tp ak was-was..Adakah keputusan yg ak perolehi tu meyakinkan ak atau tidak..So ,Mak ak pun iyekan je...Mak ak kate die akan tolong tgk jodoh ak tu dgn org tu ok atau tidak..Setelah 2 hari yang ak tggu-tggukan akhirnya mak pun bagi tahu dgn apa yang telah die mimpikan tuh..Mak ak ckp, ak dgn die xok..Ya Allah.Ketika tu ak sedih sesangat...Kakak ak siap pesan lagi, apa yang mak sampaikan tu, jangan ingkar..Kalau dari sekarang kite nmpak kebaikannya, pada masa akan datang tu kite xkan nmpak lg kebaikan tu ke arah mana ia menuju..Jangan biarkan pisang berbuah dua kali..Memanglah petunjuk yang dapat dari solat isthikarah tu hanyalah mimpi..Tapi xmustahil ianya akan benar-benar berlaku..Tapi ak mmg yakin apa yang petunjuk dari Allah tu adalah benar..
So dgn relanya ak melepaskan org itu pergi..Mungkin die boleh yg dpt lg terbaik dr ak kan??
Selain tu, mak jgk mengingatkan ak sentiasa buat solat sunat..Solat tahajud..Kalau boleh tiap-tiap malam buat..Dalam sujud terakhir tu kite doalah apa yang kite inginkan..InsyaAllah..Allah akan mendengar doa kita itu...
Tahu-tahu jela ak ni..Amatlah liat utk bgn pada waktu sepertiga malam..Yela..sedap-sedap tidur, nk kena bangun..Isshh...Apa punya pemalas lah..huhu..Insyaallah..Tapi...Ade jugak ak laksanakannya walaupun bukan tiap-tiap hari..


Setiap kali ak nk buat sesuatu keputusan, tidak kisahlah nk sambung blajar, nk cari kerja or watever, msti terlebih dahulu ak menyuruh mak ak tolong buatkan solat isthikarah..Biarlah nmpak leceh, tetapi ade nikmatnya dengan setiap petunjuk yang dikurniakannya..:)

Tak perlu tangisi dengan apa yang dah berlaku..Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya kan..
So buat masa ni ak berserah sahaja kepada Allah SWT..xperlu terlalu rushing sgt dalam mengejar dunia..Akhirat yang lebih menjamin untuk segala-galanya..

Ini adalah sedkit mengenai Solat IStikharah..:)  Semoga apa yang ak taipkan sedikit sebanyak memberi kite ilmu untuk dunia akhirat..Amin



Definisi Istikharah

Sebelum kita melangkah kepada cara yang bagaimana hendak melakukan Istikharah, perlu juga kita ketahui apakah yang dimaksudkan dengan Istikharah. Istikharah dari sudut bahasa bermaksud mencari atau meminta pilihan tentang sesuatu (Ibn Manzur, Lisanul Arab, jil 5, hlm 351).

Dari sudut istilah pula bermaksud mencari pilihan iaitu mencari dan memohon memalingkan keazaman yang tinggi kepada apa yang menjadi pilihan di sisi Allah dan yang lebih baik di sisi-Nya sama ada dengan solat atau doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW (al-Adawi Ala al-Khursyi, jil 1, hlm 36).

Langkah Melakukan Istikharah

Umumnya, solat Istikharah ini adalah pengganti kepada amalan Jahiliyyah iaitu meramal dan mengundi nasib dengan anak panah. Alhamdulillah, Allah menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya.

Sebelum melakukan solat Istikharah, perlu dipastikan dahulu apakah sebab yang mendorong untuk melakukan solat Istikharah. Seseorang itu mestilah telah mencapai keazaman yang tinggi dalam usahanya untuk memilih pilihan yang terbaik. Apabila sudah nekad untuk membuat pilihan, bermesyuaratlah dengan orang yang diakui ketinggian ilmu agamanya tentang perkara ini. Kemudian, berserahlah segala urusan kepada Allah dengan solat Istikharah.

Imam An-Nawawi menyebut dalam al-Azkar: Disunatkan seseorang itu meminta nasihat sebelum melakukan solat Istikharah daripada orang yang diketahui tentang pengalamannya, nasihatnya dan juga orang yang boleh dipercayai akan agamanya, pengetahuan dan pengalamannya. Oleh sebab itu, al-Quran telah menjelaskan tentang memohon petunjuk dalam memilih pilihan yang terbaik. Firman Allah SWT:


وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ ۖ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

“… dan bermusyawarahlah kepada mereka (para sahabat) dalam urusan itu (peperangan, ekonomi, politik dan lain-lain). Bila kamu telah membulatkan tekad, bertawakkallah kepada Allah…” (Surah 'ali-Imran ayat 159)

Istikharah Penentu Pilihan

Solat Istikharah ini dilakukan kerana ingin mendapatkan pilihan yang terbaik di antara pilihan-pilihan yang ada. Istikharah merupakan jalan terakhir dalam memilih keputusan yang muktamad.

Antara contoh-contoh yang boleh diberi ialah:

1) Seorang pemuda mendapat tawaran sambung belajar. Tetapi beliau harus memilih yang mana yang terbaik kerana terdapat beberapa universiti yang menawarkan tawaran sambung belajar kepadanya.

2) Seorang pemuda ingin menunaikan hasrat untuk berumahtangga. Tetapi beliau dilanda kebuntuan apabila mendapati terdapat pilihan calon yang lebih daripada seorang. Beliau wajar memilih calon manakah yang terbaik, sekufu dan menepati kesesuaian yang dia kehendaki.

Maka dalam hal ini, solat Istikharah adalah wajar dilakukan kerana ianya antara langkah dalam menentukan pilihan mana yang tepat.

Sentiasa berubah ke arah kebaikan (muke bambam gler time nihhh)

(+__+)//

BuiBui

No comments:

Post a Comment