Pages

Nuffnang Advert

Sunday, January 6, 2013

~~Happy Besday To Me !!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum..

Malam ni ak terasa betul-betul syahdu..Mungkin di sebabkan hari yg bermakna buat diri ku..
Alhamdulillah..Syukur kepada Mu Ya Allah..Tuhan yang menciptakan langit, bumi, bintang, matahari dan seluruh alam semesta..

Alhamdulillah...usia yg telah Engkau lanjutkan kepada diriku ini..Terima kasih juga ke atas limpahan kurnia yg Engkau berikan kepada ak di atas nikmat yg telah Engkau berikan yg tidak terhingga..Terima kasih juga dengan Engkau pinjamkan kepada ak dengan dikelilingi orang-orang yang ak sayangi..Kedua ibu bapa ak yg masih sihat walafiat, adik-beradik yg penyayang, ahli keluarga yg mengambil berat ttg ak,sahabat handai yg sentiasa menemani ak ketika berjauhan dgn keluarga..Sesungguhnya terlalu banyak yg Engkau berikan kepadaku, cuma terlalu sedikit pengabdianku kepadaMu Ya Allah..

Walaupun ak dalam apa jua keadaan, ak menjadi lupa dan khilaf dengan setiap kurniaan dan dugaan..Namun begitu besar kasihMu kepadaku..Engkau sentiasa melindungi ak walaupun terkadang ak menjadi lemah dan tidak dapat menungkas setiap dugaan yg mendatang..Kekadang ak berasa sedih dgn dugaan yg Engkau berikan..Itulah kesilapan buat diriku..Tidak sepatutnya ak bertindak sedemikian, malah seharusnya ak menadah tangan memohon supaya Engkau memberikan ak sedikit kekuatan untuk menempuhi segala dugaan yg Engkau berikan..Ampunkan dosaku Ya Allah..Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi ak harus mengadu??Hanya Engkau sahaja mengetahui segala isi hati ak yg tersirat dan tersurat..Ak tidak pernah menyesali kewujudanMu ya Allah..namun ak hanyalah hamba yg daif dan lemah, kurg kesabaran, mudah terpedaya dgn hasutan bisikan syaitan..Namun dgn adanya Engkau, ak berjaya kembali kepadaMu daripada ak jauh tersasar ke jalan yg membawa kepada kesesatan dan membenarkan ak memperbaikikan segala kesilapan dan bertaubat padaMu..Syukur yg tak terhingga ak panjatkan..

Dalam usia yg semakin meningkat, ak ingin menjadi lebih dekat dengan Mu yA Allah..Ak ingin lebih merindui Mu Ya Allah.. Ak ingin menyambut hari-hari lahirku pada tahun yg berikutnya dengan izinMu Ya Allah..
Amin..


-----------------------------------------------------------------------------------
Seperti tahun-tahun yg lepas, tiada apa yg akan ak anggap luar biasa..Ia adalah sama dgn hari lahir ak laluinya sebelum ini..Tiada beza..Yang bezanya umur ak semakin meningkat..Seharusnya segala amalan amal ibadat ak juga meningkat..Sentiasa berusaha berubah ke arah kebaikan..Meninggalkan segala kemungkaran..Cukuplah sekadar ak memanjatkan kesyukuran yg Allah masih sayangkan ak utk terus hidup di muka bumi ini..Ya..Alhamdulillah tidak terhingga..
Terima kasih kepada keluarga, kwn-kwn yg tidak lupa mengucapkan ucapan hari lahir kepadaku..Semoga doa-doa kalian dimakbulkan oleh Allah SWT..Tidak akan ak pinta selain daripada sihat tubuh badan kerna tubuh badan yg sihat mampu ak berdiri di sekeliling kalian semua..Dan tanpa Ibu dan Ayah ak, maka tidak wujudlah ak di muka bumi yg penuh dgn warna-warni kehidupan..Terima kasih buat pada Mak dan Ayah kerna telah mendidik ak menjadi org yg berguna..Maafkan Ana sekiranya segala perbuatan dan percakapan Ana yg membuatkan mak dan ayah terasa..maafkan Anakmu ini !!!
Moga di Awal tahun ini..Kehidupan ak pada tahun ini juga memberikan ak satu seribu makna buat ak..Ya Allah, jauhkanlah ak daripada kesedihan dari perkara yg tidak ak inginkan, dan Engkau khabarkanlah ak dengan berita kegembiraan dalam apa jua keadaan..Hanya itu yg ak pinta kepadaMu..
Amin Ya Robbal A'lamin..

p/s : Terima Kasih kepada maxis dan celcom kerana telah memberikan ak panggilan percuma..So dapatlah ak membuat panggilan kepada family dan teman-temanku ! :)

Tiada apa yg hendak direnungkan..Buang segala kepahitan dan kesedihan,  InsyaAllah..Allah menjanjikan yg lebih baik daripada sebelumnya..Sentiasa membasahkan bibir dgn khalimah-khalimah Allah..


No comments:

Post a Comment