Pages

Nuffnang Advert

Saturday, April 13, 2013

~~Isu Tidur Tidur Tidur

Salam Hujung Minggu uollsss...

Apa perancangan weekend ini??mesti masing-masing dah planning nak pergi mana kan???Termasuklah ak...Ak sebenarnya planning nk balik Ipoh..Tp tiket dah habis...sobsobsob..Terpaksala duduk di negeri bersejarah ni...Nak wat lagu mana kan...Ha..Sape nk pergi dating hari ni???ce angkat tangan !! Hehehe...
Oklah..Topik hari ni ak nak kongsi sedikit mengenai isu tidur..Betul ke "Budaya Kurang Tidur Melahirkan Generasi Malas dan Lemah" ??? Bagi pendapat ak memang ya !! 100% ak sokong..Sebabnya ak pernah melaluinya sendiri..Dulu kalau waktu sekolah..Ak mesti masuk tdur jam 10 atau 11mlm...Bila dah masuk dalam alam universiti...Start dari situ masa tidur ak dah berubah..Tidur dalam jam  1 2 pagi..Kadang-kadang smpai subuh xtidur..Sebabnya membuat tugasan yg berlambak-lambak..Tu maksudnya buat kerja last minit..Heee...Xelok tau amalkan macam tu..

Sebenarnya gejala kurang tidur ni memberi impak yang besar kepada seseorang individu tu..Ia akan menjejaskan produktiviti dan daya ingatan,.Selalunya kan..Gejala kurang tidur ni akan menggangu 100% dalam sistem tubuh badan kita..Ak pernah laluinya sendiri..Sampai tahap xboleh tidur..Terlalu banyak berfikir...Pernah satu masa tu ak kena marah dengan roomate..Sebabnya ganggu die tido..Haha..Yela.Bila dah xboleh tidur..Mulalah cri modal utk kacau org..Muahaha...Ha..Apabila banyak sangat memikirkan boleh  membawa kepada penyakit darah tinggi, jantung, diabetes dan lain-lain tau uolls.So kenalah beringat..Dari apa yang ak baca, budaya makan malam, bermain futsal di waktu malam dan sebagainya menyumbangkan kepada insomnia juga...Dah jadi kebiasaan budak-budak remaja yg mcm ak ni mengamalkan budaya sebegitu..Mungkin tanpa kita sedari, kebiasaan inilah akan menjadi satu gaya hidup yang menyebabkan kecelaruan rehat yang tidak mencukupi..

Insomnia atau dikenali sukar tidur adalah satu simpton abnormal atau kecelaruan fitrah (disorder) dan boleh mengganggu kesihatan...Biasanya bila kita xboleh tidur, confirm akan menjurus kepada pengambilan makanan..Ya...Ak sokong sgt2..Selalunya mmg terjadi pada ak waktu belajar dahulu..Keseimbangan kecerdasan badan juga akan terganggu dan menyebabkan hilang fokus belajar dan kerja, hilang keyakinan diri..Bak kata pujangga Arab " Akal yang sihat hanya ada pada badan yang Sihat " So uolls kena biasakan rehat badan daripada sebarang pekerjaan apabila menjelang malam..Jangan biasakan diri tidur pada siang hari..Bila badan penat bekerja pada siang hari, confirm waktu malam secara automatik badan perlukan rehat..

Kalau uolls tahu Rasulullah seorang pengurus masa yang terhebat tau..Tidur yang cukup tetapi bukan pada waktunya menyebabkan sistem badan terganggu..Cara hidup yang betul adalah bangun sebelum Subuh, berehat pada Magrib dan tidur sebaik selepas solat Isyak..Selain itu, sebahagian tidur, seseorang perlu bangun untuk bermunajat kepada Allah..Inilah yang selalu diamalkan oleh Rasullulah.." BAHAWA AKTIVITI YANG PALING MENENANGKAN DAN MEREHATKAN DIRI ADALAH BERMUNAJAT KEPADA ALLAH " Baginda adalah pengurus masa yang terhebat dan terbukti terpelihara kesihatannya daripada penyakit berbahaya..Rasulullah pernah menyarankan di dalam hadis baginda agar kita tidur selepas menunaikan solat Isyak..Selepas dua pertiga malam , Rasulullah akan bangun untuk Qiamullail dan diari harian baginda bermula sebelum subuh..Wahh...sangat hebatnya Rasulullah..dan baginda akan tidur sekejap pada waktu tengahari..Baginda sentiasa mencari peluang untuk beribadat kepada Allah tidak kira masa..

Menurut kajian, masa tidur yang paling ideal diperlukan oleh seorang dewasa adalah antara 6 hingga 8 jam..Kira-kira waktu ideal utk tidur adalah jam 9malam dan bangun 5 pagi..Di dalam Al-Quran disebut "Adalah lebih baik jika kita bangun sebahagiannya bererti minimum enam jam tidur sudah memadai..Manakala Dalam hadis " Lebih tidur juga menyebabkan badan dan otak menjadi lemah namun tidaklah sampai ke tahap tidak boleh tidur langsung "

Yang mana baik kita amalkan..Kurangkan aktiviti yg kurang sihat..Contohnya online je kejenya..huhu..OOhhoo...Ni mmg terjadi pada ak..Kadang-kadang layan online sampai tidur pun terjejas..Esok confirm mata jadi panda..eeee....Dah huduh muke..Huhu...
Ok..Nak share itu saje di hujung minggu ni

BuiBui..
Muahh...

* Jika kita mampu membudayakan tidur meskipun pada tempoh yang paling minima, itu adalah sangat positif. Sukar untuk tidur atau tidak tidur adalah suatu gaya hidup yang tidak sihat boleh mendatangkan penyakit..Ingat tu !!

No comments:

Post a Comment