Pages

Nuffnang Advert

Sunday, May 12, 2013

~~Mee Goreng Mamak !

Ha..ni nak update menu Mee Goreng mamak pulak.Mee goreng mamak Versi AnakoBerry...Hoho..Malam semalam balik je dari shopping buku..Tengok-tengok housemate ade buat Cucur goreng..Terfikir plak mee basah dalam peti ais..So ak pun trs buat Mee Goreng mamak.Tambah pulak ade kuah kacang yg xdiguna..Kuah kacang tu ak dapat cz ak beli kuih cakoi..So kuah cakoi tu ak xmakan..Kalau dulu kt rumah..Kalau kuah kacang mak ak mesti akan guna utk buat mee goreng mamak.Serius..Sedap !! Ak xtipu..Kalau nak tahu cmana rasanya..Uolls try la..Xrugi ooo...Tambah pulak mkn panas-panas..Huhu...Rindu masakan mak ! Sobsob..:(  Jom tengo bahan-bahannya apa ..

Bahan-Bahan (Untuk 3org makan)


1. Bawang putih dan bawang merah
2. 4 sudu Cili Giling
3. 1 1/2 sudu Sos cili
4. 3 sudu kicap manis pekat / 2sudu kicap masin
4. Fishcake / Fishball / Ayam -bergantung pada uolls nk letak apa..lagi byk bahan, lg sodap ! umppp !!
5. Sawi / Taugeh / Kubis (dipotong halus) - Bergantung juga pada uolls nk letak apa..Macam ak lg ske ada byk sayur..Colourful ckit..Nak makan pun berselera..Huhu
6. Tauhu (bergantung sama ada nk goreng terlebih dahulu atau di masukkan begitu saja)
7. Kuah kacang
8. Cucur yang telah digoreng (Dipotong)
9. Sedikit garam

10. Separuh drpd 1 bungkus mee

Separuh daripada Bahan-bahannya

Kuah kacang yang digunkan


Cara Membuat :

Letakkan sedikit minyak..Kemudian masukkan bawang putih dan merah..Selepas itu.asukkan cili giling..Sos cili dan sedikit air..biar kan ianya sehingga pecah minyak..Kemudian baru masukkan kuah kacang..Biarkan mendidih seketika..Selepas mendidih..Masukkan kicap manis dan masin ,(Sebenarnya bergantung bnyk mana nk ltk dan mengikut citarasa masing2) Fishcake / Fishball / Ayam dan garam..Biarkan kesemua bahan sebati dengan rasa..Kalau semua dah ok..Masukkan mee..Kacau sebati..Kemudian baru masukkan sayur-sayur dan tauhu..Agak-agak kalau mee goreng terlalu nampk kering, tambahkan sedikit air..Bagi ianya nmpk sedikit basah gitu...Last sekali barulah masukkan cucur yg telah dipotong itu..
Dah siap..Bolehla dihidangkan..Simple kan..Rasanya lain sedikit..Sebabnya ade tambah kuah kacang,,
Nyummmy-nyummy..Makan panas-panas..Sedap tau..!!

Selamat Mencuba
BuiBui

(+__+)//

Cucur yg digunakan !!

Mee Goreng Mamak !!

No comments:

Post a Comment