Pages

Nuffnang Advert

Wednesday, January 1, 2014

~~2014


Selamat Tahun Baru
Hihu..Hari ini 1/1/2014..Confirm warga blogger sudah ada azam masing-masing kan kan kan?Ofkos la kan ada.Ada yg berazam nk bertunang,bernikah,berkahwin,kumpul duit beli rumah,kereta idaman,kumpul bini dan bla bla bla...Kumpul bini tu slow sikit..Mau kena kejar dgn parang kalau nk kumpul bini..hehe.Aku mcm uols juga.Ada AZAM sndiri..Opss..bukan Azam tu nama laki tau..hihu..Tapi apa eh AZAM aku??Biarlah rahsia antara aku dgn Pencipta..:) Tapi apa yang aku betul-betul inginkan..Aku hendak lebih dktkn diri dgn Maha Pencipta.Aku sedar dah banyak aku buat dosa mungkin secara sedar dan tidak sedar.Dosa besar,kecik,xnampak dan xnampak.Aku bukan nak berlagak yang aku ni baik orgnya.Mention kt org ramai yang aku ni hendak berubah.Buat kebaikan,kemudian canang merata tempat.Opss..Kalau uols rasa aku sebegitu,aku minta maaf dan tidak mengharap simpati.Aku pn ada perasaan hendak berubah menjadi lebih yang baik.Aku sedaya upaya mempertingkatkan kualiti hidup aku.Aku tidak akan sesekali salahkan oleh faktor luaran yang mnyebabkn diri aku ni berubah.Berubah ni mungkin di atas diri sendiri.Yang kekadang tidak dapat menahan nafsu dunia semata-mata.Kalau iman kuat,kita tidak akan terkandas..:( Aku menulis melalui pengalaman hidup aku sendiri.Aku tak akn menuding jari kepada hdp org lain.Baik mana kita,tinggi mana iman kita,kekadang kita tersasar ke jalan yg tidak betul.Bila dah terkandas,confirm *bertanduk dua tgh horay-horay*..Sentap aku..sedih aku.Kalau dah buat salah tu,

Minta maaf pada Allah sahaja..Minta Allah peliharakan diri dr trs melakukan kesilapan..;) Hidup ni pn bukan kekal selamanya pun.Kalau selama ni kita ade buat salah dgn org ramai,sedaya upaya kita meminta maaf.Biarpun org tu tidak mahu maafkan kita,atleast kita dh cuba sebaik yang mungkin utk menjalinkan ukhuwah sesama manusia.Kalau sebelum ni kita tidak pernah hargai mak ayah kita,kali ini kita rendahkan ego kita utk menyanjung mereka.Hargai mereka dgn membuat sesuatu perkara yg membolehkan mereka gembira.Yang mana dah bekerja,di hulurnya wang ringgit.Perkara sedemikian yg tgh aku praktikan.Aku bila tggl bersama mak ayah,aku lebih banyak duduk dalam bilik melayan novel dan bla bla.Bila dah duduk jauh dr mereka mulala terasa menyesal sebab tidak pernah nak merapatkan diri dgn mereka..Serius..Aku rindu banget kpd mereka.Hanya mampu berdoa buat mereka sihat tubuh badan..:) Cakap mengenai perasaan ini..Perasaan cukup indah bila Allah berikan kepada setiap insan.Perasaan rindu,kasih sayang,cinta..Minta sgt2 Allah pelihara dan kekalkan perasaan ini terhadap diri aku kepada org yang aku sayang walaupun jauh dr mereka semua..:)Berdoa kepada Allah supaya jauhkan perasaan yg tidak baik di dlm diri kita.Siapa pn xnk ade perasaan benci kpd org lain.Aku pn xnak..Minta sgt dijauhkn.
Tahun baru ni, aku xmengharapkan apa2 pun.Cukuplah sekadar Allah Swt mempeliharakan aku..Memberikan aku kesihatan yang baik..Mempelihara maruah aku..Memberi aku kesempatan utk bertaubat..Sentiasa memberikan aku hidayah-Nya..Menjadikan aku seorg pendidik yang ikhlas utk menyampaikan ilmu..Memberikan aku pekerjaan yang tetap..Memberikan aku gaji yang diberkati..Memberikan aku kesempatan utk berbakti kepada kedua ibu bapa..Memberikan aku psgn hdup yg boleh membimbing aku..:)
Insha Allah..Tanpa redha dari-Nya..Semua ini tidak akan berlaku..Berdoa dan terus berdoa..Sesunggahnya Allah Maha Berkuasa


No comments:

Post a Comment