Pages

Nuffnang Advert

Thursday, January 9, 2014

~~Motif Blog???

Assalammualaikum…


Ehemm ehemm.Sedut udara ekon sebentar.. Malas benar aku nak menapak keluar dari office untuk lunch bersama ofcmate.. Serius malas tahap siput gonggok..!!!  Nampak gayanya makan biskut kering ler jawabnya..hikhik.. Oh ya..Semalam member aku bertanya pada aku.. Apa tujuannya aku menulis blog ni?? Untuk suka suki je ke atau apa?? Kalau jawapan bagi pihak aku hanya sekadar untuk suka suki je..Tak lebih dari itu pun.. Kalau ade sesuatu yang ingin aku share kan, aku share..Kate sharing is caring kan??x gitewww??Hehe..Sekiranya ada sesetengah pihak tidak suke dgn cara penulisan blog aku,membosankan ke,no info about something ke, dipersilakan untuk tidak menjengah  lagi..Aku tidak memaksa pun kan kan..:p  Lagipun kan aku dah mention..TUJUAN aku berblog ini hanyalah sekadar untuk suka suki sahaja...Terpulang pada jawapan individu itu sendiri..Sesetengah pihak tujuan berblog untuk berniaga, bertambah kenalan, menambahkan side income dan bla bla bla..

Kalau dulu aku berblog pun sebab rase macam best je..Macam best je..Macam Best je..Hehe..Means, we do something dan ingin  dijadikan sebagai satu kenangan, uolss boleh created that moments kan..Luahkan apa yang kita rasa di dalam blog even perasaan sendiri yang kita lalui itu tidak dapat diputarkan kembali..Dalam blog ni letaklah gambar banyak mana pun sebabnya Sekeping gambar tersimpan banyak kenangannya tersendiri kan..Bila dah tua bolehlah uols tengok balik kenangan lama tu..Haha..Tapikannnnn…Xpayah tggu masa tua, sekarang ini pun aku dah macam tu..Bila rindu, aku akan tengok post-post aku yang lama..Hihi..Kalau dulu tulis blog mesti nak kaler warna-warni tulisannya, sekarang ni minta ampun la nk buat macam tu..Dulu sebabnya rase jiwa remaja-remaja giteww, skarang dah boleh nk jadi mak budak kottt… :P 

Usia meningkat, perangai pun seharusnya matang..
Sebut pasal matang ni mencabar jugak eh untuk menjadikan diri sendiri matang untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu..Maksud aku..Ceritanya begini, aku ade seorang student..Secara luaran aku Nampak die macam kerek sangat dengan pengajar yang lain..Masa itu, aku hanyalah kenal secara pandangan mata kasar sahaja..Al maklumlah yang aku ni masih baru lagi start kerja..So kena ambil masa juga lah untuk mengenal student-student di tempat aku ni bagaimana..Nak di jadikan cerita, student itu di bawah kos aku..So kiranya memang aku perlu berhadapan dengan dia la kn..Style student ni suka sangat menjeling..Nasib baik awak comel..Kalau x memang dah lama kena dengan aku..Haha..

Aku masih ingat lagi pesanan mak aku..Nak menjadi seorang pendidik ni bukan senang sebab kita akan berjumpe dengan pelbagai ragam dan perangai..Uishh..Memang aku sokong 100% dengan mak aku cakapkan tu..Berat tanggungjawab kita..Lebih-lebih lagi student yang baru nak melihat dunia luar tanpa pengawasan ibu bapa..Tapi yang betul-betul  mencabar student lelaki..Banyak cakap, banyak kelentong, banyak gossip, banyak ayat-ayat utk mengorat.Dengan-dengan aku sekali nk mencubanya..Haha..Memang kelakar..Setiap pengajar ada caranya tersendiri untuk mendidik studentnya..Bagi cara aku, aku lebih sukakan dengan cara santai, waktu belajar, kita belajar, waktu gurau, ade gurau sendanya, waktu serius, aku serius seumpama singa kot…Student aku mmg gerun..(eh, yeke ni??Nak tahu, kena jadi student aku..haha) Dalam pembelajaran, aku lebih suka student mulakan kelas dengan bacaan Al-fatihah dan di ikuti doa belajar..Bila dah habis kelas, disudahi dgn surah Al-Asr..Mungkin dengan cara ini dapat lembutkan hati diorg untuk menerima ilmu..Insha Allah..Mana yang baik aku ikuti, mana yang tidak elok kita sama-sama elakkan..
Bila kita menyampaikan sesuatu ilmu dengan ikhlas, satu perasaan yang kita sendiri tidak dapat ungkapkan, yang pastinya aku berasa puas hati..Keluar kelas pun senyum labor je..Paling seronok, bila student faham dengan apa yang ilmu kita sampaikan..Rase nak lompat-lompat je aku..haha..

Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
A001
Demi Masa!
A002
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
A003
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Eh, ni dah macam lari topik je..Bukan asalnya aku nak cerita tentang blog ke??huhu.. Saje nak lari topic sikit, sebabnya aku bosan… Cerita pasal budak comel yang suke menjeling ni, bila aku dah kenal betul-betul, baru aku faham yag die ni jenis macamana..Bagi aku memang die ni ade sikap yang kurang aku gemari sikit..Kuat melawan pengajar  dan cara cakap pun kurang ajar..So no problem utk handle ini student..Kita slow talk elok-elok dgn die, insha allah..Secara automatic dia akan berubah secara perlahan-lahan..Kita jangan terlalu memaksa seseorang untuk berubah secara drastik.. Aku lebih suka menegur seseorang dengan secara face to face dan tanpa orang lain berada di sisinya..Dengan cara itu, kemungkinan memberi sedikit kekuatan dan memberi sedikit muhasabah buat dirinya untuk dia berubah..Alhamdulillah, akhirnya kesan yang positif yang aku lihat pada dirinya..Sudah semakin lemah lembut  pabila berhadapan dengan kawan-kawan dan pengajar yang lain...Im Happy uolsss…J


Apa yang pasti aku meLakukannya kerana Allah SWT..
Sekian sahaja penulisan blog aku untuk hari ini..


No comments:

Post a Comment